Powered by Blogger.

Tuesday, September 29, 2009

SEKITAR MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2008 & PENGHARGAAN PESARA-PESARA PENDIDIKAN 2009

Hari ini tanggal 29 September 2009 saya menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 & Penghargaan Pesara-Pesara perkhidmatan pendidikan 2009. Majlis yang yang berlangsung di Dewan Panglima Lee Sen, SM Ken Hwa telah disempurnakan perasmian oleh Pengarah Pelajaran Sabah Datuk Normah Binti Gagoh. Alhamdulillah syukur pada Allah nama saya terselit dalam senarai 408 orang di antara penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2008. Pada saya bukanlah menjadi kebanggaan dengan anugerah ini melainkan ia sebenarnya merupakan sumber motivasi untuk memantapkan lagi kerjaya sebagai seorang pendidik. 

Monday, September 28, 2009

MEMENUHI MASA MUDA UNTUK KEBAHAGIAAN AKHIRAT

Allah SWT menganugerahkan peluang secara percuma untuk hambanya. Kita diminta agar merebut peluang-pluang tersebut serta memanfaatkan sepenuhnya. Jika seseorang itu cuai atau terlalai dari merebutnya, pasti mereka akan menanggung kerugian. Kerana di sebalik peluang percuma akan muncul pula perkara negatif yang pastinya akan menimbulkan penyesalan.

Imam Attirmizi dan Muslim meriwayatkan dari Amru bin Maimun RA bahawa suatu hari Rasulullah SAW telah menyampaikan pengajarannya kepada seorang lelaki dengan sabdnya yang bermaksud.

"Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum engkau dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum engkau jatuh papa, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk dan masa hidupmu sebelum datang saat kematian"

peringatan ini diberikan oleh Rasulullah SAW dengan tawaran berfaedah, agar tidak mensia-siakan peluang yang diperolehi secara percuma. Umpama mendapat harta ghanimah, keuntungan tanpa modal, sedangkan orang berniaga mendapat keuntungan mesti melalui modal.

Justeru, kesempatan yang datang secara percuma itu dianjurkan oleh Rasulullah SAW agar tidak membiarkannya berlalu sia-sia.


Wednesday, September 23, 2009

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut...

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada...

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia ...buruklahh padahnya.