Powered by Blogger.

Monday, November 24, 2014

ALFATIHAH UNTUK NENEK

TAKZIAH

Terasa sedih betul apabila mengetahui nenek sudah meninggal dunia jam 11.45 malam isnin kemarin, teramat sedih kerana tidak dapat melihat wajahnya yang terakhir dan tidak dapat berada masa pengkebumiannya, ketika itu sy berada di kebun dan kebetulan hp buat hal.

berita ini baru sahaja saya terima beberapa saat tadi kira-kira jam 3.30 petang sebaik sampai di rumah setelah tiga malam berada di kebun, sebaik membuka hp yang terPUK  bertubi-tubi sms masuk mengkhabarkan berita nenek sudah tiada, mau kubur selepas zohor hari ini, maafkan saya nenek, saya lantas menghadiahkan alfatiha dan melakukan solat ghaib untuk almarhumah nenek indi,.

sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepadanya kita kembali, buat nenekku semoga berbahagia di alam sana mudah mudahan segala amal baik di usia 100 tahun semasa hidup mendapat ganjaran setimpal daripada Allah SWT. 

Friday, November 7, 2014

TAHNIAH SAYANGKU

Sekitar Majlis Konvokesyen UNITAR pada 2 OKTOBER 2014. 

Alhamdulillah syukur pada Allah SWT. Syabas dan Tahniah Abah ucapkan kepada ummi di atas kejayaan menghabiskan pengajian Sarjana Pengurusan Pendidikan UNITAR.

Moga dengan kejayaan ini akan memberi dorongan kepada Ain, Alia, Izz dan Zara agar berjaya dalam kehidupan kelak dan seterusnya berfaedah dan bermanfaat kepada Islam dan masyarakat.

Banyak cabaran dan dugaan yang ditempuhi oleh ummi sepanjang akhir-akhir menghabiskan pengajian tetapi dengan kesabaran dan kecekalan akhirnya.. isteriku keperitan belajarmu terubat dengan segulung sijil bernama Master. Tahniah dan teruskan selangkah lagi mencapai ke tahap yang lebih tinggi..

Pun begitu wahai isteriku dalam keghairahan menuntut ilmu janganlah sampai mengabaikan tanggungjawab kepada mereka. Anak-anak perlukan didikan dan sentuhan kasih sayang dari seorang ibu. Bimbing dan berilah contoh teladan baik kepada anak-anak.

Akhir sekali..tahniah dan syabas




Monday, November 3, 2014

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2014

Selamat menduduki peperiksaan SPM kepada pelajar-pelajar SMK Gunsanad. Didoakan agar anda semua dapat menjawab dengan baik. Sepanjang SPM ini jaga kesihatan dengan baik. Ketepikan dulu semua aktiviti yang lain utamakan SPM.

Manfaatkanlah segala ilmu yang anda dapat dari guru-guru selama ini. sebagai guru tiada lain yang kami harapkan melainkan anda mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang sangat bernilai dalam hidup anda. 


SELAMAT MENJAWAB