Powered by Blogger.

Saturday, August 19, 2017

TEKNIK MENJAWAB SOALAN KBAT

Salam kepada semua pelajar..

Hari ini saya kongsikan teknik menjawab soalan KBAT pendidikan Islam SPM yang mana ramai pelajar tidak mampu menjawab dengan baik soalan ini. Teknik ini saya perolehi daripada Blog Panitia SMK Putra, saya mohon izin untuk dikongsikan. mudah-mudahan perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pelajar..

CARA MENGESAN SOALAN KBAT :

Berikut adalah ciri-ciri soalan KBAT Pendidikan Islam :
  1. Ada stimulus/ rangsangan minda :
Setiap soalan KBAT dimulakan dengan stimulus sama ada dalam bentuk gambar, pernyataan, dialog, petikan akhbar dan lain-lain. Contohnya seperti soalan di bawah :



2. Tiada kuantiti jawapan :
Bilangan jawapan yang diminta tidak dinyatakan dalam soalan. Hal ini kerana pelajar hanya perlu mengemukakan 1 isi sahaja untuk soalan KBAT. Perhatikan soalan-soalan berikut, tiada kuantiti jawapan yang diminta dalam soalan.

  • Bagaimanakah anda menghargai nikmat Allah?
  • Pada pendapat anda, apakah kemungkinan yang akan berlaku terhadap masyarakat jika...
  • Mengapakah masih berlaku perbuatan merosakkan harta benda awam ini?
3. Peruntukan markah : 4 markah :
Peruntukan markah yang diberi diperincikan seperti berikut :
  • Isi : 1 markah
  • Huraian : 2 markah
  • Kesimpulan : 1 markah.
Oleh itu calon perlu mengemukan 1 isi, 2 huraian dan 1 kesimpulan dalam jawapan KBAT.

TEKNIK MEMBINA JAWAPAN KBAT 

1. Langkah pertama setelah anda mengenal pasti sesuatu soalan KBAT ialah mengetahui KEHENDAK SOALAN

Kehendak soalan boleh difahami melalui 'clue' yang diberi. Contohnya 'Bagaimana', 'Kenapa", "Apakah kemungkinan yang berlaku' 'Apa Pendapat'.
 Berikut ialah contoh KEHENDAK SOALAN KBAT yang paling popular :


2. Langkah kedua ialah MENYENARAIKAN ISI yang menepati kehendak soalan. Pilih satu isi sahaja yang anda yakin boleh dihuraikan dengan baik.

3. Langkah ketiga ialah MENGHURAIKAN ISI yang dipilih.
Anda boleh menghuraikan isi dengan cara berikut :
  • Memberi keterangan tambahan.
  • Memberi contoh kepada isi.
  • Memberi dalil al-quran atau hadis.
  • Memberi hikmat/kesan/punca tentang isi/isu dalam soalan.
  • Memberi perumpaan/kata-kata hikmat dan lain-lain
Anda perlu memberi 2 huraian. Untuk memudahkan pelajar menulis huraian, saya cadangkan pelajar memberi contoh untuk huraian 1 dan pelajar menyatakan kesan/hikmat untuk huraian 2.
Rujuk rajah di bawah :
RANGKA JAWAPAN KBAT
4. Langkah Keempat ialah MEMBERI KESIMPULAN.
  • Kesimpulan yang diberi hendaklah berkaitan dengan isi dan huraian. 
  • Kesimpulan tidak boleh diambil daripada ISI JAWAPAN (mengulang isi).
  • Kesimpulan hendaklah menjelaskan tentang cadangan anda terhadap isu/soalan.
Calon boleh menyatakan kesimpulan dalam bentuk ayat pengajaran. Contohnya : "Kita hendaklah..." "Kita mestilah...".

FORMAT JAWAPAN KBAT :
  • Jawapan KBAT perlu ditulis dalam satu perenggan atau karangan pendek.
  • Jawapan yang dikemukakan dalam bentuk 'point' hanya layak mendapat 1 markah.
Selamat mencuba...



82 ulasan:

  1. Terima kasih, cara ni telah bantu saye untuk jawab soalan2 yg diberikan oleh cikgu saye

    ReplyDelete
  2. Terime kasih ats perkongsian ini

    ReplyDelete
  3. Ini sangat membantu saya.. Terima Kasih

    ReplyDelete
  4. Terimah kasih. Ini sngt membantu .

    ReplyDelete
  5. Terima kasih...cara ini telah membantu saya menjawab soalan kbat

    ReplyDelete
  6. terima kasih...cara nie cam lagi senang lah!!!

    ReplyDelete
  7. Terima kasih ini lagi membuatkn saya bersemangat menjawab pt3

    ReplyDelete
  8. Ye memang..aku bukak ni sebab nk ambik ilmu lebih sikit...😚
    Buat pelajar ujian PT3, selamat berjaya😘

    ReplyDelete
  9. Terima kasih ats perkongsian ini .. ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk menjawab soalan kbat PT3 esk .. 2 paper more ") dan hari terakhir peperiksaan PT3

    ReplyDelete
  10. Assalam Ustaz. Boleh saya dapatkan nombor telefon Ustaz? Saya editor buku Pendidikan Islam dari syarikat Penerbit Ilmu Bakti.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih Ini amat membantu dalam peperiksaan saya Semoga uztaz bertambah rezeki

    ReplyDelete
  12. Berbanyak terima kasih...bnyk membantu anak2 yg akan menjawab soalan exam

    ReplyDelete
  13. Aslm .. Boleh tk tolong bagi contoh jawapan yang detail .. Dan senang difahami ..maksud sya mcm dengn membantu berikan contoh KBAT ynag btul btul dari awal hingga akhir so tak kliru.

    ReplyDelete
  14. thank you...it very useful for me...

    ReplyDelete
  15. terima kasih :) sangat membantukan!

    ReplyDelete
  16. boleh bagi soalan dan jawapan kbat yang senang untuk di fahami

    ReplyDelete
  17. Ok²🤗 mudah untuk di fahami tapi x ada kat contoh soalan kbat beserta jawapan untuk nota,,👍✌️

    ReplyDelete
  18. Macam mana nak jawab soalan hujah...nak mulakan dgn ayat apa

    ReplyDelete
  19. Hadis merupakan sumber hukum kedua selepas al-quran. Berdasarkan pernyataan berikutberikut, bagaimanakah anda mempertahankan hadis daripada sebarang penyelewengan.

    ReplyDelete
  20. Sy ajar murid sy mengenal pasti soalan kbat menggunakan teknik jari..

    ReplyDelete
  21. Assalam,, perlu ke salin soalan dulu sebelum kemukakan isi dan seterusnya?

    ReplyDelete
  22. Alhamdullilah saya mudah jawab kbat pakai teknik ni doakan saya untuk exam pis rabu ni 2019 spm

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. tq ats perkongsian anda..😄😄

    ReplyDelete
  25. Alhamdulillah...nota saya ini dimanfaatkan...selamat belajar

    ReplyDelete
  26. Terima kasih , nota ini dapat membantu saya

    ReplyDelete
  27. Alhamdulillah saya dah boleh jawab soalan KBAT

    ReplyDelete
  28. Alhamdulillah terima kasih atas ilmu yang diberi banyak membantu😊

    ReplyDelete
  29. Tengkiuuuuuuuuuuuuuuuu very helpful 👀

    ReplyDelete
  30. Terbaik dan mudah difahami
    👍👍👍👍👍👍👍👍niceeee!!once!apa apa pun saya hrp encik/cik/puan/tuan nie sehat sekarang!happy 2021!

    ReplyDelete
  31. Boleh membantu sya menjawab Ujian....

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum.....terima kasih atas perkongsian yg diberikan.....tips ini amat membantu untuk sy menjawab spm nnti.....izinkan sy untuk berkongsi tips ini dgn rakan rakan sy.....jasa cikgu amat sy hargai.

    ReplyDelete
  33. ASSALAMUALAIKUM LEPAS NI BOLEH UPDATE CARA JAWAB DALAM BENTUK POINT

    ReplyDelete
  34. mohon untuk dikongsikan bersama pelajar2 saya ye. terima kasih byk2

    ReplyDelete