Powered by Blogger.

Monday, October 26, 2009

ANTARA AYAT AL-QURAN YANG MENCERITAKAN KEJAHATAN BANGSA YAHUDI

berikut ialah sambungan daripada kertas kerja mengenai konspirasi yahudi yang telah diterbit pada minggu lepas..
Antara ayat-ayat yang mendedahkan kejahatan-kejahatan mereka pula ialah :
 
1- Firman Allah dalam surah Al Maidah ayat 13. 

فبما نقضهم ميثقهم لعناهم وجعلنا قلوبهم قسيه. يحرفون الكلم عن مواضعه, ونسوا حظا مما ذكروا به, لولا تزال تطلع على خآئنة منهم الا قليلا منهم. فاعف عنهم واصفح, ان الله يحب المحسنين(13)

Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, kami laknatkan mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu (tidak mahu menerima kebenaran). Mereka sentiasa mengubah kalimah-kalimah (yang ada di dalam kitab Taurat dengan memutarnya) dari tempat-tempatnya (dan maksudnya) yang sebenar, dan mereka melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya. Dan engkau (wahai Muhammad) sentiasa dapat melihat perbuatan khianat yang mereka lakukan ,kecuali sedikit dari mereka (yang tidak berlaku khianat). Oleh itu maafkanlah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan, kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya . 

2- Firman Allah dalam surah An Nisa’ayat 46. 

من الذين هادوا يحرفون الكلم عن مواضعه, ويقولون سمعنا وعصينا واسمع غير مسمع وراعنا ليا بألسنتهم وطعنا فى الدين. ولو أنهم قالوا سمعنا وأطعنا واسمع وانظرنا لكان لهم وأقوم ولكن لعنهم الله بكفرهم فلا يؤمنون الا قليلا(46).

Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi Muhammad): “Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu yang buruk” serta (mereka mengatakan) : “Raaeina (Tujuan kata-kata mereka tersebut ) hanya memutar belitkan perkataan mereka dan mencela agama Islam. Dan kalaulah mereka berkata: “ Kami dengar dan kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami”, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih betul. Akan tetapi Allah melaknat mereka dengan sebab kekufuran mereka . Oleh itu, mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antara mereka). 

3- Firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 96.  

ولتجدنهم أحرص الناس على حيوة ومن الذين أشركوا,يود أحدهم لو يعمر ألف سنة وما هو بمزحزحه, من العذاب أن يعمر, والله بصير بما يعملون(96).
Demi sesungguhnya (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang demikian , tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah) . Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan . 

4- Firman Allah dalam surah Al Hasyr ayat 14. 

لا يقاتلونكم جميعا الا فى قرى محصنة أو من ورآء جدر, بأسهم بينهم شديد, تحسبهم جميعا وقلوبهم شتى, ذلك بأنهم قوم لا يعقلون(14).

(Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan dikampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras, engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (di sebabkan berlainan kepercayaan mereka ). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka ). 

5- Firman Allah dalam surah Al Munafiqun ayat 4: 

واذا رأيتهم تعجبك أجسامهم, وان يقولوا تسمع لقولهم, كأنهم خشب مسندة, يحسبون كل صيحة عليهم , هم العدو فاحذرهم قاتلهم الله أنى يؤفكون(4)
  
Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati dengan tubuh badan mereka (dan kelakuannya) ;dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya kerana manis dan fasih. Dalam pada itu, mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar ) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya dari kebenaran)? 

6- Firman Allah dalam surah Al Imran ayat 112. 

ضربت عليهم الذلة أين ما ثقفوا الا بحبل من الله وحبل من الناس وبآءو بغضب من الله وضربت عليهم المسكنة, ذلك بأنهم كانوا يكفرون بئايت الله ويقتلون الأنبيآء بغير حق,ذلك بما عصوا وكانوا يعتدون(112).

Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah ,dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan). Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur dan ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahNya) dan mereka membunuh nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah). 
berikutnya..
Kertas kerja ini disampaikan oleh : USTAZ HAJI HANAFI ABDUL RAHMAN, B.A FAKULTI SYARIAH ISLAMIAH, UNIVERSITI AL AZHAR KAHERAH.
16 SEPTEMBER 1998
HARI: RABU
TEMPAT:
DEWAN UTAMA
NADI ATIBBA’ MANSURAH
ANJURAN:
BIRO HAL EHWAL KEMASYARAKATAN DAN PERUMAHAN