Powered by Blogger.

Wednesday, August 30, 2017

Perkataan Wahyu dalam Ayat-Ayat Makkiyah

Sebelum menjelaskan ayat-ayat al-quran berkenaan dengan wahyu terhadap Nabi SAW adalah baiknya diterangkan sedikit tentang pengertian Makkiyah dan penjelasan beberapa konsep yang berkaitan dengan makkiyah. Menurut Dr Anis Tolhah (2009), ayat-ayat al-Quran Makkiyah ialah ayat-ayat al-quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW semasa berada di Mekkah. Manakala ayat-ayat al-Quran yang diturunkan di Madinah dinamakan Madaniyyah. Para sarjana Al-Quran khususnya berselisih pendapat mengenai pentakrifan yang sesuai dan tepat terhadap ayat surah Makkiyah dan Madaniyyah ini kerana Nabi SAW tidak meletakkan ketentuan sesuatu ayat Al-Quran diturunkan bersandarkan Makkiyah dan Madaniyyah. Sebenarnya Nabi SAW tidak pernah menjelaskan mengenai ayat-ayat Makki dan Madani semasa hayat Baginda. Penjelasan mengenai ayat-ayat Makki dan Madani dibuat oleh para Sahabat dan Tabi’in. Hal tersebut kerana tidak ada keperluan kepada Nabi menjelaskan dan tidak menyatakan mengenai persoalan itu semasa hayat Baginda. Antara faktor yang ketara ialah kerana umat Islam pada masa hayat Nabi tidak perlu kepada penjelasan dan pembahagian Makki, Madani, tempat, masa dan sebab wahyu diturunkan oleh Allah. Di mana para sahabat menyaksikan sendiri wahyu diturunkan kepada Baginda.

3.1 CONTOH AYAT-AYAT MAKKIYAH MENGENAI WAHYU

Menurut Ahmad Kamruddin, Ismail Mat Ludin dan Khairil Ahmad, (2011) perkataan wahyu berasal daripada perkataan Arab yang berbentuk masdar atau nama terbitan. Di dalam Al-Quran ia terdapat di 32 surah yang disebut sebanyak 68 kali yang terdapat dalam surah-surah sama ada Makki atau Madani. Memadai dalam tugasan ini saya cuba menjelaskan beberapa contoh ayat-ayat Al-Quran Makkiyah berkaitan wahyu dan penjelasan disekitar konsep ayat tesebut.

1. Surah al-Qasas ayat : 7
وَأَوْحَيْنَا إِلَى أُمِّ مُوسَى أَنْ أَرْضِعِيهِ
Ertinya:
“Dan Kami wahyukan (ilhamkan) kepada ibu Musa: “Susukanlah dia”
Dalam ayat ini menerangkan tentang wahyu kepada ibu Nabi Musa AS. Wahyu yang dimaksudkan dalam ayat tersebut ialah Ilham Fitrah yang diberi oleh Allah SWT kepada manusia biasa. Sebagaimana yang berlaku dalam kisah ibu Nabi Musa AS yang diwahyukan oleh Allah untuk menyusukan anaknya. Maka dapat difahami menurut ayat ini perkataan wahyu membawa maksud yang berbeza-beza sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah sesuai dengan sebab ayat tersebut.


2. Surah an-Nahl ayat : 68

وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُون
Ertinya:
“Dan Tuhanmu telah mewahyukan (memberi ilham) kepada lebah, “Buatlah sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di rumah-rumah yang didirikan manusia”
Dalam ayat ini Allah telah membahaskan lebah itu dengan diberi wahyu. Wahyu yang dimaksudkan di sini ialah berbentuk Ilham gharizi kepada haiwan. Wahyu dalam ayat ini bukan wahyu seperti yang diberikan kepada para nabi. Menurut Rashid Rida, jika diturunkan kepada makhluk yang tidak berakal dinamakan taskhir atau arahan. Maka lebah tersebut telah diarahkan oleh Allah supaya membuat sesuatu yang hendak dikerjakannya.

3. Surah Maryam ayat : 11

فَخَرَجَ عَلَى قوْمِهِ مِنَ الْمِحْرَابِ فَأَوْحَى إِلَيْهِمْ أَنْ سبِّحُوا بكُرَةً وَعَشِيًّا
Ertinya:
Maka keluarlah dia dari mihrab, lalu memberi isyarat kepada mereka, “Hendaklah kamu bertasbih pada waktu pagi dan petang”.
Ayat ini menerangkan wahyu yang berbentuk Isyarat pantas melalui rumus dan kod, seperti isyarat Nabi Zakaria AS kepada kaumnya yang mengarahkan mereka supaya bertasbih kepada Allah SWT pada waktu pagi dan petang

4. Surah al-An’am ayat : 121
وَإِنَّ الشَّيَاطِينَ لَيُوحُونَ إِلَى أوَلِيَائِهِمْ لِيُجَادِلُوكُمْ
            Maksudnya:
Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya supaya mereka membantah kamu.

Dalam ayat ini wahyu yang dimaksudkan ialah bisikan dan godaan syaitan terhadap manusia dengan menjadikan perkara yang buruk kelihatan indah. Sebab diturunkan ayat ini Allah menegah orang-orang mukmin daripada memakan bangkai binatang yang mati tidak disembelih atau memakan binatang yang disembelih atas nama berhala, sesungguhnya pelanggaran terhadap larangan ini dikira satu kejahatan dan maksiat, (Rashid Rida). Difahami dari konsep wahyu dalam ayat tersebut merupakan bisikan syaitan kepada pengikut-pengikutnya di kalangan manusia yang tidak beriman mengingkari perintah Allah SWT.

5. Surah Hud ayat : 36
وَأُوحِيَ إِلَى نُوحٍ أَنَّهُ لَنْ يُؤْمِنَ مِنْ قَوْمِكَ إِلا مَنْ قَدْ آمَنَ فَلا تَبْتَئِسْ بِمَا كَانُوا يَفْعَلُونَ
            Maksudnya:
Dan diwahyukan kepada Nuh bahawasanya sekali-kali tidak akan beriman di antara kaummu kecuali orang-orang yang telah beriman sahaja. Kerana itu janganlah kamu bersedih hati dengan apa yang telah mereka kerjakan.

6. Surah Al-Mu’minun ayat : 27
 فَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِ أَنِ اصْنَعِ الْفُلْكَ بِأَعْيُنِنَا وَوَحْيِنَا فَإِذَا جَاءَ أَمْرُنَا وَفَارَ التَّنُّورُ فَاسْلُكْ فِيهَا مِنْ كُلٍّ زَوْجَيْنِ اثْنَيْنِ وَأَهْلَكَ إِلا مَنْ سَبَقَ عَلَيْهِ الْقَوْلُ مِنْهُمْ وَلا تُخَاطِبْنِي فِي الَّذِينَ ظَلَمُوا إِنَّهُمْ مُغْرَقُونَ
Maksudnya:
Lalu kami wahyukan kepadanya: buatlah kapal di bawah pengawasan dan petunjuk kami. Maka apabila perintah kami datang dan tannur telah memancarkan air, maka masukkanlah ke dalam kapal itu sepasang-pasang daripada setiap jenis haiwan, juga keluargamu, kecuali orang yang terlebih dahulu ditetapkan di antara mereka. Dan janganlah engkau bertanya kepadaku tentang orang yang zalim sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan.

7. Surah Yusof ayat : 15

فَلَمَّا ذَهَبُوا بِهِ وَأَجْمَعُوا أَنْ يَجْعَلُوهُ فِي غَيَابَةِ الْجُبِّ وَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِ لَتُنَبِّئَنَّهُمْ بِأَمْرِهِمْ هَذَا وَهُمْ لا يَشْعُرُونَ
Dalam ayat ini Allah menurunkan wahyu yang berupa ilham  kepada Nabi Yusof sewaktu beliau keseorangan dicampakkan ke dalam perigi dan pada ketika itu beliau belum diangkat sebagai rasul. Wahyu yang diturunkan kepada Nabi Yusuf merupakan hiburan kepadanya untuk meringankan perasaan yang duka serta sebagai penetapan kepada hatinya, (Rashid Rida). Maka perkataan wahyu juga merujuk kepada ilham yang diturunkan kepada seseorang yang belum dilantik menjadi Nabi sebagaimana dalam kisah Nabi Yusof AS.

8. Surah Fussilat ayat: 12

فَقَضَاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ فِي يَوْمَيْنِ وَأَوْحَى فِي كُلِّ سَمَاءٍ أَمْرَهَا وَزَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَحِفْظًا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ
Maka dia telah menjadikannya tujuh langit dalam dua hari dan dia telah mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya.
Dalam ayat ini Allah memerintahkan wahyu kepada langit agar patuh dan tetap dengan tugas-tugas yang ditetapkan oleh Allah SWT terhadap langit.
Berdasarkan contoh-contoh ayat makkiyah yang diberikan tersebut dapat dianalisa bahawa terdapat pembahagian konsep wahyu sebagaimana difahami dalam al-Quran. Antaranya ialah wahyu untuk nabi sebagaimana yang dijelaskan dalam surah Hud ayat 36 dan surah al-mukminun ayat 27 yang memerintahkan kepada Nabi Nuh untuk membina sebuah bahtera dan sebagai menghiburkan hati Nabi Nuh agar tidak sedih dengan sikap isteri dan anaknya serta beberapa pengikutnya yang ingkar dan tidak mematuhi perintah yang disampaikan kepada mereka. Demikian juga kisah Nabi Musa dalam surah Taha ayat 77 dan surah Yusuf ayat 15 agar berani dalam menghadapi kemungkaran yang dilakukan oleh Firaun serta menyelamatkan Bani Israil dari tindakan zalim Firaun. Wahyu sebagaimana yang difahami dari Al-Quran membawa maksud yang berbeza mengikut keadaan sebab-sebab ayat tersebut diturunkan. Contohnya Allah memberi wahyu kepada ibu Musa untuk menyusukan anaknya, wahyu yang dimaksudkan ialah ilham kepada ibu Musa. Seperti juga Allah mewahyukan kepada langit yang memerintahkan agar langit patuh dengan tugasan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Demikian juga Allah mewahyukan kepada lebah bermaksud sebagai isyarat membuat rumah di tempat-tempat yang tinggi. Terdapat juga konsep wahyu dengan perantara atau di belakang tabir sebagaimana yang difahami daripada surah Assyuara ayat 51  di mana Allah SWT mengutuskan malaikat Jibril AS untuk menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad SAW. Dalam ayat surah al-an’am wahyu yang dimaksudkan ialah was-was daripada syaitan ini bermaksud bahawa syaitan itu merupakan musuh manusia dan juga merupakan penggoda bagi manusia. Dapat disimpulkan di sini menurut Dr. Anis Malik Thoha, (2009) secara umum apa yang ditulis oleh para penyusun kamus bahasa Arab bahwa erti wahyu ini berkisar sekitar pengertian al-isharah, al-sare'ah (isyarat yang cepat), al-kitabah (tulisan), al-maktub (tertulis), al-risalah (pesan), al-ilham (ilham), al-ainul al-khafi (pemberitahuan yang bersifat tertutup dan tidak diketahui pihak lain), al-kalam al-khafi al-sari (pembicaraan yang bersifat tertutup dan tidak diketahui pihak lain dan cepat). Pengertian ini adalah didasarkan pada teks-teks dasar bahasa Arab, terutama al-Qur’an dan ḥadīth.
Adapun wahyu yang berbentuk ajaran atau bimbingan khusus diturunkan kepada para Rasul untuk disampaikan kepada umat manusia berbeza pengertian dan cara penurunannya.Terdapat tiga cara penurunan wahyu seperti yang dapat difahami daripada ayat-ayat dalam Al-Quran iaitu pertama melalui jantung hati seseorang dalam bentuk ilham. Cara yang kedua melalui belakang tabir sebagaimana yang terjadi kepada Nabi Musa dan ketiga ialah melalui utusan yang dikirimkan dalam bentuk malaikat contohnya seperti Allah mengutuskan malaikat Jibril AS dan malaikat lain menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad SAW dan kepada para Nabi lain. Maka dapat difahami disini wahyu merupakan rahsia diantara yang memberinya dengan yang menerimanya. Adapun dalam  proses penerimaan wahyu tersebut ianya juga bersifat sangat rahsia. Dengan demikian, maka wahyu menurut Ibnu al-Qayyim telah menyebut peringkat-peringkat wahyu:
                                i.            Pertama: Mimpi benar, ianya adalah permulaan wahyu kepada Rasulullah.
                              ii.            Kedua: Sesuatu yang dicampakkan oleh Malaikat ke dalam dadanya dan hati naluri Rasulullah tanpa melihatnya, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW Sesungguhnya Jibril telah mencampak ke dalam hatiku bahawa: Sesuatu jiwa itu tidak akan mati kecuali setelah genap rezekinya, hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah, dan berusahalah dengan baik di dalam usaha mencari rezeki, dan jangan sekali-kali dek kelewatan rezeki itu ianya mendesak kamu berusaha secara memaksiati Allah, kerana sesungguhnya sesuatu di sisi Allah itu tidak boleh diperolehi kecuali dengan mentaatinya.
                            iii.            Ketiga: Rasulullah didatangi Jibril yang menjelmakan dirinya sebagai seorang lelaki, dan berbicara dengan Baginda di mana Rasulullah menyedari dan mengingati segala apa yang diperkatakan kepadanya, di dalam peringkat ini para sahabat pun turut dapat melihat Jibril pada ketika itu tanpa menyedari yang hadir ialah Malaikat Jibril AS.
                            iv.            Keempat: Rasulullah didatangi melalui bunyian seperti deringan loceng, cara ini yang paling berat bagi Rasulullah SAW untuk menerimanya, melaluinya Jibril turut menyertainya, hinggakan dahi Baginda mencucur keringat walaupun di hari yang terlalu dingin, malah tunggangannya sekali turut bersimpuh ke bumi. Di suatu ketika wahyu dalam bentuk ini turun kepada Rasulullah SAW sedang pahanya di atas paha Zaid bin Thabit, Zaid terasa berat bagaikan nak pecah.
                              v.            Kelima: Baginda melihat malaikat Jibril dalam bentuk parasnya yang sebenar, lalu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah, cara ini terjadi kepada Baginda dua kali, seperti mana Allah menyebutnya di dalam surah al-Najm.
                            vi.            Keenam: Tanpa hijab: sebagaimana yang diwahyukan kepada Baginda semasa Baginda bertemu dengan Allah SWT di malam Mikraj dan menerima perintah solat dan sebagainya.
                          vii.            Ketujuh: Percakapan Allah secara langsung kepadanya tanpa perantaraan Malaikat seperti mana Allah berbicara dengan Musa bin Imran, jenis ini sabit kepada Musa a.s di dalam al-Quran, juga sabit kepada Rasulullah di dalam peristiwa al-Isra’.

Sesetengah ulama menambahkan peringkat kelapan iaitu percakapan Allah bersemuka dengan rasulnya tanpa hijab, ini adalah masalah khilafiah di antara salaf dan khalaf.

Saturday, August 26, 2017

Ayat-ayat Al-Quran mengenai Wahyu


Image result for kalam allah
Al-Quran diturunkan untuk membawa petunjuk manusia di dunia. Selain daripada itu penurunan Al-Quran juga merupakan satu mukjizat yang terbesar kepada Nabi Muhammad SAW. Penurunan Al-Quran berlaku dalam dua peringkat  iaitu secara sekaligus dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah dan kemudiannya secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad SAW. Penurunan Al-Quran memakan masa selama 22 tahun 2 bulan 22 hari. Al-Quran yang diturunkan itu mengandungi hikmat, petunjuk, penerangan, penjelasan dan ikutan, amalan serta untuk bacaan umat manusia di dunia. Al-Quran merupakan kalam Allah yang benar dan sesiapa yang mengingkarinya adalah kufur. Al-quran adalah wahyu agung yang merupakan suatu perkara yang amat penting dalam Islam malahan menjadi asas kepada kewujudan Islam itu sendiri. Pada hari ini walaupun manusia telah ditinggalkan oleh Nabi beratus tahun dahulu namun Al-Quran yang merupakan wahyu Allah SWT masih kekal dengan keasliannya daripada sebarang perubahan oleh tangan-tangan manusia. Isi kandungan al-Quran dan ajarannya masih tetap relevan dengan masa dan zaman walau telah ditelan masa yang begitu lama tetapi oleh kerana jaminan daripada Allah SWT Al-Quran terpelihara sehingga akhir zaman. Tanpa ragu dan syak wahyu Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi SAW mengandungi maksud dan peranan yang amat besar dalam memimpin manusia ke jalan yang benar, membimbing manusia bagi memperoleh kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat, menyuruh manusia melaksanakan syariatnya dalam semua aspek kehidupan, memberitahu khabar gembira tentang balasan syurga kepada yang melakukan kebaikan dan khabar dukacita kepada golongan yang melakukan kejahatan.
Oleh itu, dalam tugasan yang diberikan ini saya akan menjelaskan definisi wahyu menurut bahasa dan menurut istilah syarak sebagaimana yang telah dijelaskan oleh para ulama mengenainya. Di samping itu adalah untuk mengenal pasti ayat-ayat Qur’an Makkiyah dengan mengenal pasti konsep berkaitan dengan wahyu yang terdapat dalam ayat tersebut  dan menganalisa konsep wahyu makkiyah. Segala rujukan dan isi kandungan tugasan ini diambil daripada petikan kata-kata ulama yang terdapat dalam buku-buku, journal ilmiah dan perbincangan di kalangan rakan-rakan sekuliah.


 DEFINISI WAHYU

Menurut Wan Mohammad Ubaidillah bin Wan Abas & M. Y. Zulkifli (2012) lafaz wahyu dan pecahannya disebut sebanyak 78 kali dalam al-Qur’an. Kalimah yang berasal daripada bahasa Arab ini mempunyai pelbagai makna. Antaranya ialah al-isyarat, al-risalat, al-ilham, al-kalam alkhafiy dan segala apa yang disampaikan kepada orang lain. Ia juga bermaksud inspirasi daripada orang lain atau arahan seseorang. Menurut Kamus Dewan, wahyu bermaksud firman (kalam) Allah yang dibacakan kepada nabi dan rasulnya yang disampaikan sama ada melalui malaikat Jibril ataupun tanpa melaluinya.

WAHYU MENURUT BAHASA

Wahyu menurut bahasa membawa maksud berikut:
  1. Memberitahu sesuatu dengan cara yang tidak jelas atau samar-samar dan segera.
  2. Sesuatu yang ditulis atau al-Risalah yang membawa maksud kerasulan.
  3. Segala yang disampaikan secara rahsia kepada pihak lain supaya dapat diketahuinya.
  4. Wahyu membawa maksud sesuatu yang ditulis atau al-Maktub.
  5. Segala apa yang disampaikan oleh Allah secara rahsia kepada makhluknya baik manusia atau binatang.
  6. Segala apa yang disampaikan oleh makhluk sesama mereka.

Sebagai kesimpulannya, penurunan wahyu menurut bahasa ialah turun dari tempat tinggi. Ia merupakan majaz atau simbolik yang menunjukkan ketinggian Al-Quran dan kemuliaannya. Wahyu juga boleh ditakrifkan iaitu memberi isyarat, mengirim utusan, berbisik-bisik, berbicara di tempat tersembunyi yang tidak diketahui oleh orang lain atau mengilhamkan ke dalam hati sebagaimana maksud firman Allah dalam surah al-Qasas ayat 7: Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:" Susukanlah dia. Dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah Dia di Dalam peti dan) lepaskanlah Dia ke laut; dan janganlah Engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; Sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul kami”.

PENGERTIAN WAHYU MENURUT ISTILAH

Wahyu dari segi istilah ialah nama bagi sesuatu yang disampaikan secara cepat daripada Allah SWT ke dalam dada nabinya atau dengan cara mengutuskan utusan sebagaimana yang telah digunakan untuk lafaz al-Quran dengan mengutus Jibril as. Nabi Muhammad SAW bukanlah nabi yang pertama menerima wahyu daripada Allah. Bahkan terdapat di kalangan para nabi sebelumnya turut diberikan wahyu kepada mereka. Firman Allah Taala.

إِنَّا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ كَمَا أَوْحَيْنَا إِلَى نُوحٍ وَالنَّبِيِّينَ مِنْ بَعْدِهِ وَأَوْحَيْنَا إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالأسْبَاطِ وَعِيسَى وَأَيُّوبَ وَيُونُسَ وَهَارُونَ وَسُلَيْمَانَ وَآتَيْنَا دَاوُدَ زَبُورًا
وَرُسُلا قَدْ قَصَصْنَاهُمْ عَلَيْكَ مِنْ قَبْلُ وَرُسُلا لَمْ نَقْصُصْهُمْ عَلَيْكَ وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَى تَكْلِيمًا
Maksudnya: 
“Sungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (Wahai Muhammad), sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh, dan Nabi-nabi Yang diutus kemudian daripadanya; dan Kami juga telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub, serta Nabi-nabi keturunannya, dan Nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman; dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud: Kitab Zabur”. Dan beberapa orang Rasul Yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini, dan Rasul-rasul Yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu. dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa Dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan.
an-Nisa: ayat 163

Oleh itu dapat difahami dari sini wahyu dari segi istilah syarak bermaksud kalam Allah yang diturunkan kepada seorang Nabi yang mengandungi ajaran dan pedoman hidup atau pemberitahuan Allah SWT kepada orang yang suci bersih lagi terpilih di kalangan hambanya mengenai apa yang dikehendakinya sama ada hidayah ataupun ilmu secara rahsia atau tersembunyi dan juga secara luar biasa. Muhammad Abduh mendefinisikan wahyu sebagai pengetahuan yang didapati oleh seseorang dari dalam dirinya dengan disertai keyakinan bahawa pengetahuan itu datang dari Allah, sama ada melalui perantara ataupun tidak, iaitu melalui suara yang menjelma dalam telinga atau tanpa suara sama sekali, (Wan Mohammad Ubaidillah bin Wan Abas & M. Y. Zulkifli bin Mohd Yusoff). Wahyu boleh berlaku dengan pelbagai cara. Antaranya ialah:
  1. Percakapan antara Tuhan dan hambanya.
Contohnya : peristiwa ketika Nabi Musa berkata-kata dengan Allah swt ketika  bermunajat di Bukit Tursina
  1. Ilham yang diserapkan ke dalam hati orang yang terpilih atas dasar ilmu yang benar dan tidak dapat dinafikan serta tidak ada keraguan padanya.
  2. Mimpi yang benar yang pasti berlaku sebagaimana terbitnya fajar di waktu subuh.
  3. Wahyu yang datang melalui perantaraan malaikat Jibril as malaikat yang mulia dan merupakan ketua segala malaikat.


Daripada pentakrifan yang dilakukan oleh para ulama mengenai wahyu kita dapat simpulkan bahawa pengertian wahyu ialah segala berita yang datang dari Allah SWT yang diturunkan kepada hambanya yang dikasihi dalam bentuk ajaran atau syariat untuk mengatur cara hidup manusia di atas muka bumi ini. Di samping menjadi pegangan dan panduan dalam kehidupan umat manusia.

Friday, August 25, 2017

Skema Jawapan

Salam semua pelajar..

Selamat bercuti kepada semua pelajar, diharapkan masa cuti seminggu ini agar para pelajar tidak leka tanggungjawab sebagai calon SPM, gunalah cuti ini dengan sebaiknya untuk mengulangkaji pelajaran, ingat SPM semakin hampir..

Saya kongsikan disini skema jawapan pendidikan Islam Kertas 1 dan Kertas 2 untuk rujukan para pelajar. Diharapkan pelajar memanfaatkan skema ini dengan meneliti teknik menjawab yang betul.

Skema kertas 1

Skema kertas 2

All the best dan selamat hari raya Aidiladha.


Thursday, August 24, 2017

Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam



Menghadiri mesyuarat Panitia Kali ketiga petang tadi mulai jam 1 berakhir 2.30 ptg. Mesyuarat ini diadakan bertempat di bilik Panitia Pendidikan Islam yang baharu Dan dihadiri oleh semua GPI smk Gunsanad. Mesyuarat pada Kali ini dipengerusikan oleh Panitia Tasawwur Ust Maarof Hamzah dan dihadiri oleh semua GPI SMK Gunsanad Ust Mohd Syakir, Ust Nasir, ustazah Jasmin, Ustazah Wan Rahimah, Ustazah Madihah, Ustazah Siti dan Ustazah Nurul Fadilla.

Mengalu-alukan kehadiran dua guru interim iaitu Ustazah Siti dan Nurul Fadilla ahlan wasahlan bikuma, semoga menjadi kekuatan kpd GPI di sekolah ini dlm meningkatkan prestasi pencapaian pend. Islam khususnya peperiksaan awam.

Antara agenda yg dibincangkan ialah. Post mortem pt3 Dan spm, isu pdpc, program peningktan akademik pt3 Dan spm, latih tubi, perancangan kewangan dsb hal- Hal berbangkit.

Terima kasih sekali lag diucapkan kpd rakan sahabat yg meluangkan Masa bersama dlm mesyuarat tadi.

Kertas percubaan pendidikan islam

Hari ini sedang berjalan percubaan pendidikan Islam kertas 1 dan 2. Seramai 99 calon spm yang akan menduduki kertas pendidikan Islam pada tahun ini, agak sedikot jumlahnya berbanding tahun lalu 122 murid.

Diharapkan agar pelajar boleh menjawab dengan baik kertas pendidikan Islam Kertas soalan percubaan Kali ini disediakan oleh SPI JPN Sabah Dan diselaraskan di seluruh negeri Sabah.



Wednesday, August 23, 2017

Peperiksaan Percubaan Tsawwur Islam 2017

Hari ini berlangsung peperiksaan percubaan Tasawwur Islam. Dimulai dengan kertas 2 pada sebelah pagi selama 2 jam 30 minit dan diikuti dengan kertas 1 pada 10-11 pagi selama sejam.

Pada tahun ini seramai 40 calon yang mengambil subjek peperiksaan ini iaitu 36 murid kelas 5 Aminudin, 2 murid kelas 5 Efektif dan 2 murid dari kelas 5G.

Adalah diharapkan semua pelajar agar bersungguh-sungguh menjawab soalan dengan mengaplikasikan teknik menjawab sebagaimana yg telah diajar...sebagai guru yg bertanggunjawab mengajar subjek ini saya sgt berharap prestasi subjek meningkat pada tahun ini.

Anak2 para pelajar ingatlah amat tinggi harapan ibu bapa anda melihat kejayaan kamu. Hadiahkan kepada mereka kejayaan yg membanggakan.

Saya kongsikan disini skema jawapan tasawwur kertas 2 moga bermanfaat..




Monday, August 21, 2017

Buku yang sedang dibaca

Tip Didik Anak Gaya Nabi


Buku in sangat sesuai dibaca oleh semua ibu bapa juga kpd bakal ibu bapa. Sangat sesuai untuk diamalkan Kerana isi kandungannya banyak diinspirasikan daripada Nabi S.a.w.

Kebaikan buku ini tidak ditulis tip semata mata tetapi disertai dengan dalil dpd alQuran dan Hadis. Disamping itu buku ini juga memuatkan aktiviti ktiviti bagi membantu ibu bapa mempelbagaikan idea mendekati dan mendidik anak.

Semoga bermanfaat..


Saturday, August 19, 2017

TEKNIK MENJAWAB SOALAN KBAT

Salam kepada semua pelajar..

Hari ini saya kongsikan teknik menjawab soalan KBAT pendidikan Islam SPM yang mana ramai pelajar tidak mampu menjawab dengan baik soalan ini. Teknik ini saya perolehi daripada Blog Panitia SMK Putra, saya mohon izin untuk dikongsikan. mudah-mudahan perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pelajar..

CARA MENGESAN SOALAN KBAT :

Berikut adalah ciri-ciri soalan KBAT Pendidikan Islam :
  1. Ada stimulus/ rangsangan minda :
Setiap soalan KBAT dimulakan dengan stimulus sama ada dalam bentuk gambar, pernyataan, dialog, petikan akhbar dan lain-lain. Contohnya seperti soalan di bawah :



2. Tiada kuantiti jawapan :
Bilangan jawapan yang diminta tidak dinyatakan dalam soalan. Hal ini kerana pelajar hanya perlu mengemukakan 1 isi sahaja untuk soalan KBAT. Perhatikan soalan-soalan berikut, tiada kuantiti jawapan yang diminta dalam soalan.

  • Bagaimanakah anda menghargai nikmat Allah?
  • Pada pendapat anda, apakah kemungkinan yang akan berlaku terhadap masyarakat jika...
  • Mengapakah masih berlaku perbuatan merosakkan harta benda awam ini?
3. Peruntukan markah : 4 markah :
Peruntukan markah yang diberi diperincikan seperti berikut :
  • Isi : 1 markah
  • Huraian : 2 markah
  • Kesimpulan : 1 markah.
Oleh itu calon perlu mengemukan 1 isi, 2 huraian dan 1 kesimpulan dalam jawapan KBAT.

TEKNIK MEMBINA JAWAPAN KBAT 

1. Langkah pertama setelah anda mengenal pasti sesuatu soalan KBAT ialah mengetahui KEHENDAK SOALAN

Kehendak soalan boleh difahami melalui 'clue' yang diberi. Contohnya 'Bagaimana', 'Kenapa", "Apakah kemungkinan yang berlaku' 'Apa Pendapat'.
 Berikut ialah contoh KEHENDAK SOALAN KBAT yang paling popular :


2. Langkah kedua ialah MENYENARAIKAN ISI yang menepati kehendak soalan. Pilih satu isi sahaja yang anda yakin boleh dihuraikan dengan baik.

3. Langkah ketiga ialah MENGHURAIKAN ISI yang dipilih.
Anda boleh menghuraikan isi dengan cara berikut :
  • Memberi keterangan tambahan.
  • Memberi contoh kepada isi.
  • Memberi dalil al-quran atau hadis.
  • Memberi hikmat/kesan/punca tentang isi/isu dalam soalan.
  • Memberi perumpaan/kata-kata hikmat dan lain-lain
Anda perlu memberi 2 huraian. Untuk memudahkan pelajar menulis huraian, saya cadangkan pelajar memberi contoh untuk huraian 1 dan pelajar menyatakan kesan/hikmat untuk huraian 2.
Rujuk rajah di bawah :
RANGKA JAWAPAN KBAT
4. Langkah Keempat ialah MEMBERI KESIMPULAN.
  • Kesimpulan yang diberi hendaklah berkaitan dengan isi dan huraian. 
  • Kesimpulan tidak boleh diambil daripada ISI JAWAPAN (mengulang isi).
  • Kesimpulan hendaklah menjelaskan tentang cadangan anda terhadap isu/soalan.
Calon boleh menyatakan kesimpulan dalam bentuk ayat pengajaran. Contohnya : "Kita hendaklah..." "Kita mestilah...".

FORMAT JAWAPAN KBAT :
  • Jawapan KBAT perlu ditulis dalam satu perenggan atau karangan pendek.
  • Jawapan yang dikemukakan dalam bentuk 'point' hanya layak mendapat 1 markah.
Selamat mencuba...



Friday, August 18, 2017

Selamat menduduki peperiksaan percubaan SPM 2017

Selamat menduduki peperiksaan percubaan SPM 2017 kepada semua pelajar Tingkatan 5. Buatlah yang terbaik dan semoga berjaya dengan cemerlang!  Peperiksaan percubaan peringkat sekolah ini bermula dari 14 ogos dan berakhir pada 25 ogos 2017. Amat penting bagi calon calon spm mengaplikasikan pengetahuan, teknik menjawab soalan yg dibekalkan oleh guru. SMK Gunsanad berabiss cemerlang !!!


Tips menjawab soalan pendidikan Islam SPM

Soalan Bahagian B kertas 1 & kertas 2

Kata tugas yang bermula..

1. Nyatakan, Senaraikan tidak perlu ada huraian.
Contoh:
Nyatakan dua ciri makanan yang halal.

Dua ciri makanan halal ialah.
- makanan yg tidak memudaratkan kesihatan.
- makanan Dan minuman yg tidak memabukkan
- binatang yg disembelih dgn nama Allah

2. Kata tugas Jelaskan tidak perlu ada huraian lengkap tetapi mesti ditulis ayat yg lengkap.
Contoh:
Jelaskan dua akibat perbuatan khurafat.
(4 markah)

Dua akibat perbuatan khurafat ialah.
- akan mendpt azab seksa neraka
- akan menyebabkan Amal ibadah terbatal
- akan menyebabkan seseorang disisih oleh msykt..

3. Kata tugas Terangkan perlu ditulis isi Dan huraian..
Contoh
Terangkan dua hikmat mengambil makanan yang halal. 4 markah

Dua hikmat mengambil makanan yg halal ialah.
- kesihatan terjamin kerana bebas daripada penyakit
- doa dimakbulkan kerana mentaati perintahnya.

4. Bagi soalan pengajaran ayat hendaklah menggunakn frasa spt: Kita hendaklah, umat Islam hendaklah, org Islam hendaklah...

Selalulah membiasakan menjawab dgn mrnulis kata kunci jwpn kerana ini membantu anda fokus kpd kehendak soalan,baca dan fahami soalan.

Setakat disini dulu yg dpt dikongsikan..




Thursday, August 17, 2017

Guruku yang tersangat besar jasanya dalam hidupku, dari didikan dan nasihatnya saya berubah menjadi manusia kenal diri.

Engkau guru, engkau bapa, engkau pendidik, engkau mengajar kami mengenal Maha pencipta..Alfatiha Ustaz Haji Ahmad Darbi Lubis