Powered by Blogger.

Monday, September 28, 2009

MEMENUHI MASA MUDA UNTUK KEBAHAGIAAN AKHIRAT

Allah SWT menganugerahkan peluang secara percuma untuk hambanya. Kita diminta agar merebut peluang-pluang tersebut serta memanfaatkan sepenuhnya. Jika seseorang itu cuai atau terlalai dari merebutnya, pasti mereka akan menanggung kerugian. Kerana di sebalik peluang percuma akan muncul pula perkara negatif yang pastinya akan menimbulkan penyesalan.

Imam Attirmizi dan Muslim meriwayatkan dari Amru bin Maimun RA bahawa suatu hari Rasulullah SAW telah menyampaikan pengajarannya kepada seorang lelaki dengan sabdnya yang bermaksud.

"Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum engkau dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum engkau jatuh papa, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk dan masa hidupmu sebelum datang saat kematian"

peringatan ini diberikan oleh Rasulullah SAW dengan tawaran berfaedah, agar tidak mensia-siakan peluang yang diperolehi secara percuma. Umpama mendapat harta ghanimah, keuntungan tanpa modal, sedangkan orang berniaga mendapat keuntungan mesti melalui modal.

Justeru, kesempatan yang datang secara percuma itu dianjurkan oleh Rasulullah SAW agar tidak membiarkannya berlalu sia-sia.