Powered by Blogger.

Saturday, December 19, 2009

SALAM HIJRAH 1431

Permulaan penggunaan kalendar tahun Hijriah dimulakan oleh Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Sayidina Umar Al-Khatab radhiyallahu `anhu. Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As’ari telah mengirim sepucuk surat kepada Sayidina Umar r.a meminta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau mahukan satu kalendar yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa Arab dan bangsa lain pada zaman itu.

Dalam kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Parsi, Kalendar Rom dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah SAW untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan takwim Islam iaitu peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. Sumber penuh di sini

Selamat ‘berhijrah’ kepada pengunjung blog ummumaisarah@blogspot.com

Salam hijrah buat semua. Sesungguhnya hijrah kali ini membawa semangat baru kepada kita sebagai hamba-Nya. Muhasabah dan insaflah diri jika hasrat hijrah terdahulu masih belum lagi tercapai dengan jayanya.

Saturday, December 5, 2009

ZIARAH KUBUR KAMPUNG SUMALANG RANAU

Takziah kepada saudara Mahali dan keluarga yang baru sahaja kehilangan orang yang tersayang pada hari khamis lepas. semoga dikuatkan hati dan sabar menghadapi cabaran yang dijanjikan oleh Allah setiap makhluk yang bernyawa. 

Pada zaman permulaan Islam, Rasulullah S.A.W.. melarang umatnya menziarahi kubur. Ini kerana orang yang menziarahi kubur pada masa itu akan melakukan perkara-perkara yang dilarang antaranya duduk di atas kubur, menangis, merintih-rintih, mengoyak-ngoyak baju, memukul pipi dan sebagainya(1). Setelah orang-orang Islam mengetahui perkara-perkara yang sepatutnya dilakukan apabila menziarahi kubur, maka Rasulullah S.A.W.. menggalakkan umatnya menziarahi kubur untuk melembutkan hati, mengingatkan tentang azab kubur dan hari pembalasan di Padang Mahsyar (2) agar umatnya sentiasa dalam keadaan sederhana di dunia tidak bermewah-mewah hanya berbelanja atas dasar keperluan bukan atas dasar kemampuan. Di samping itu kita sentiasa menambahkan untuk kehidupan di akhirat.


Imam Tarmizi menambahkan riwayat di atas:

Imam Ibnu Majah menambah daripada riwayat Ibnu Mas'ud r.a.

Khadi Abu Taib mentaklik kata-kata Ibnu Hajar di dalam yang mana seseorang digalakkan menziarahi teman-teman semasa hidup, demikian juga teman-temannya apabila telah meninggal dunia.

Adapun bagi mereka yang jauh hubungan kekeluargaan disunatkan juga menziarahinya. Apabila menziarahi kubur hendaklah mengingati mati atau merasa belas kasihan kepada teman kita yang meninggalkan kita, lalu kita mendoakannya. Disunatkan juga ke atas kita apabila menziarahi kubur agar memohon rahmat Allah supaya si mati di dalam pemeliharaan dan kesejahteraan di samping memohon ampun bagi segala kesalahan mereka dan membaca Al-Quran sebagai hadiah untuk mereka. Jika si mati dari kaum keluarga kita adalah lebih-lebih lagi digalakkan kita meminta ampun dan rahmat Allah agar mereka berada di dalam kerahmatan Allah selamanya.
Ketika kita menziarahi kubur itu, niat kita untuk si mati mestilah merangkumi semua orang Islam yang telah meninggal dunia. Adapun menziarahi kubur untuk tabarruk (mendapat keberkatan) maka disunatkan kita menziarahi kubur orang-orang alim dan soleh kerana mereka ini sentiasa di dalam keberkatan yang tidak terhingga (3).
 Mudah-mudahan keberkatan orang alim yang kita ziarahi kuburnya itu akan melimpah kepada kita yang menziarahinya.