Powered by Blogger.

Monday, September 4, 2017

Ulasan penandaan kertas percubaan Pendidikan Islam 2017

Salam kepada semua pelajar..

Setelah selesai membuat penandaan beberapa skrip jawapan calon dlm peperiksaan p. Islam ini. Berikut disenaraikan kelemahan dan kekuatan yg dikenal pasti..

1. Murid tidak mengulangkaji spenuhnya subjek ini. Kelemahan in dikesan di kedua kertas menyebabkan pelajar merapu menjawab mengikut selera kefahaman mereka tanpa bersandarkan kepada pengetahuan utama yg terkandung dalam buku teks p.islam. masalah ini byk berlaku terutama dikelas 5 Fansuri Dan Efektif pun begitu, msalah in juga berlaku kpd pelajar dalam kelas pandai. Isu ini adalah masalah besar yg berlaku dalam kalangan pelajar hanya boleh diatasi oleh pelajar sendiri dengan rasa kesedaran tanggungjawb utk melakukan perubahan.

2. Tidak mengaplikasi sepenuhnya teknik menjawab yang betul. Pada sebahagian soalan pelajar menjawab dengan baik tetapi pada soalan seterusnya kebanyakan pelajar alpa dpd Cara menjawab yg betul. Contohnya pada soalan pengajaran ayat alquran Dan Hadis yg memerlukan calon menjawab menggunakn frasa..Kita hendaklah, atau umat Islam hendaklah..kegagalan menjawab menggunakn frasa tersebut menyebabkan markah ditolak walaupun sebenarnya calon layak mendapat markah penuh. Begitu juga pada soalan yang kata soal bermula dengan 'Terangkan'. Jawapan bg soalan spt ini memerlukan calon memberikan huraian yang ringkas kepada isi yang diberi.

3. Pengulangan isi yang sama. Ini kesilapan yang sepatutnya dapat dielakkan dgn Cara memhami kehendak soalan dan kuantiti isi yang dikehendaki.

4. Tidak dapat membezakan antara 'ciri' dan 'contoh' menyebakan soalan yang sepatutnya di minta menyenaraikn ciri ciri, tetapi calon menjawab dengan memberikan contoh pula. Contohnya soalan senaraikan ciri ciri makanan yang halal menurut Islam. Soalan ini mengkhendaki calon memberikan ciri makanan yg halal dlm Islam, ini contoh jawapan, nasi.

5. Jawapan santai. Apa yg saya maksudkan santai ialah spt ..dpat pahala, dapat dosa, taat perintah Allah, banyakkan beribadat kpd Allah, banyakkan sembahyang..inilah contoh jawapan yang disukai ramai pelajar jwapan santai tiada kualiti..


6. Tidak menguasai topik2 soalan utama dlm kertas 1 (Akidah, Ibadat) dua topik ini wajib dikuasai sepenuhnya oleh pelajar kerana ianya soalan wajib dijawab dalam Bahagian B.

7. Teknik meneka tidak dikuasai. Calon masih berpeluang mendapat 1 atau 2 markah pada soalan menyusun ayat atau mengisi tempat kosong. Begitu juga soalan menjawikan petikan rumi, terus ditinggalkan tanpa ada usaha Cuba menjawab..spt yg selalu sy ingatkan agar pelajar latih menulis perkataan yg senang.

8. Teknik menjawab soalan KBAT yg Salah. Sila rujuk Cara menjawab soalan KBAT disini.

9. Jawapan lari dari konteks ayat ayat. Murid bole menguasai teknik menjawab dgn baik tetapi kesalahan utama dan sangat berat menjwab di luar konteks ayat..
Contoh.