Powered by Blogger.

Wednesday, October 25, 2017

Nota Tudingan Tasawwur Islam 2017

Salam kepada semua pelajar

Dikongsikan nota Tudingan Tasawwur 2017. Must turun disini

Wednesday, October 11, 2017

PROGRAM SKOR A SPM PENDIDIKAN ISLAM



Berlangsung petang tadi program skor A excellent pendidikan Islam sekolah-sekolah daerah keningau. Program ini adalah anjuran Pejabat Pendidikan Keningau di bawah prgoram DTP daerah Keningau bagi tahun 2017. Seramai 140 orang murid terpilih dari sekolah-sekolah daerah keningau menjadi peserta program ini yang diadakan selama empat Hari tiga malam bertempat di SMKA Agama Keningau. Murid yang terpilih adalah murid yang bertuah kerana mereka merupakan calon-calon berprestasi memperoleh excellent dalam semua subjek SPM. Seramai 75 orang guru yang pakar dlm subjek tertentu menjadi fasilitator dalam program ini.

Antara matlamat program ini diadakan ialah meningkatkan prestasi pencapaian spm bagi Daerah Keningau. Syabas dan tahniah ppd Keningau di hadapan menerajui perubahan. 




Friday, October 6, 2017

Nota Tasawwur Islam Tingkatan 4 & 5

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bagi memenuhi permintaan adik-adik pelajar kelas 5 Aminuddin di sini saya kongsikan nota-nota lengkap Tasawwur Islam Tingkatan 4 dan 5. Para pelajar boleh jadikannya sebagai nota digital yang boleh dibawah walau di mana jua berada. mudah-mudahan dengan usaha yang sekecil ini dapat membantu adik2 memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM.

Muat turun disini

Nota Tasawwur tingkatan 4
Nota Tasawwur tingkatan 5

Wednesday, October 4, 2017

Larangan mempersenda agama islam



Intisari ayat
terdpt beberapa gol manusia mempermain dan mempersenda agama mereka tertipu dengan keseronokan dan keindahan hidup dunia dan mengutamakan dunia daripada laksanakan perintah Allah

Huraian ayat
mempermain/mempersenda meliputi tindakan lisan atau perbuatan yang merendahkan martabat Islam
Perbuatan mempersenda agama
bangga melanggar perintah Allah
hina gol brtaqwa
menyanjung maksiat
melanggar syariat seperti tidak solat, puasa, bayar zakat
Golongan mempersenda agama
musyrikin: menyekutukan Allah dan nenentang agama tauhid
munafik : menyembunyi kekufuran, menzahirkan keislaman
murtad: keluar agama Islam
‘Asi: melakukan maksiat dan melanggar perintah Allah
Akibat mempersenda agama
akidah rosak
mendapat balasan azab di akhirat
jiwa menjadi resah gelisah
segala kebaikan menjadi sia2
Tuntutan memelihara agama
melaksanakan perintah Allah dan menjahi larangan-Nya
melakukan amal solah dan berakhlak mulia
menentang kemungkaran
melahir nilai keislaman dalam masyarakat
Akibat tidak memelihara agama
umat Islam mundur dan ketinggalan
Islam dihina dan dipermain oleh pihak lain
maksiat berleluasa
umat Islam tidak dihormati dan disisih
Harta kekayaan dan pangkat sebagai ujian
harta dan kekayaan kurniaan Allah yang kadang-kadang dijadikan ukuran taraf seseorang
Islam menggalakkan mencari harta kekayaan asalkan harta tersebut halal dan berdasarkan prinsip Islam
umat Islam hendaklah jadikan harta sebagai alat kebahagiaan dunia dan akhirat

Pengajaran ayat
umat Islam wajib menjaga kesucian agama setiap masa
Islam bukan satu alat kepentingan peribadi
orang yang mempersenda aagama akn dapat azab dan seksaan pedih di akhirat