Powered by Blogger.

Tuesday, September 26, 2017

CARA MENJAWAB SOALAN MENJAWIKAN PETIKAN RUMI

salam buat semua pelajar..

seperti yang sedia maklum terdapat 2 soalan jawi yang biasa ditanya dalam kertas 2 SPM. Iaitu soalan menjawikan petikan rumi dan merumikan tulisan jawi. Dua soalan ini kesemuanya 10 markah. Bagi pelajar yang menguasai penulisan jawi dengan baik soalan seperti ini merupakan bonus bagi mereka. Adapun bagi pelajar yang kurang menguasi penulisan jawi soalan ini agak sukar bagi mereka mendapat markah malah terdapat pelajar yang terus tidak menjawab soalan ini. kepada pelajar tersebut anda jangan  mudah putus asa, masih ada ruang anda memperolehi 1 hingga 2 markah.

- Ejaan DBP
- Huruf jawi cerai tidak diterima
- kedudukan hamzah, titik diambil kira
- pengurangan atau penambahan huruf dikira salah
- kurang rumah masih diberi markah
- perkataan yang ditulis satu persatu tidak tersusun tiada markah (dulu terima terbaru x boleh)

cara pengiraan markah adalah seperti berikut

01-04
1m
05- 08
2m
09-12
3m
13-16
4m
17-20
5m
21-25
6m

untuk lebih berhati-hati saya nasihatkan kepada pelajar agar kira dahulu patah perkataan petikan tersebut kemudian labelkan nombor dalam kertas jawapan anda. sebaiknya buat table ini memudahkan anda menulis perkataan yang paling mudah dahulu dan baharulah berpindah pada perkataan yang susah..harus beringat susanan perkataan mestilah ditulis mengikut tertibnya.
latih menulis perkataan yang mudah...seperti دان, يغ, كيت, ايت, اين pelajar boleh merujuk pada edisi tulisan jawi yang disediakan dalam kertas soalan.

contoh:

Penyebaran Islam telah membuka pintu yang luas terhadap perkembangan pemikiran manusia. Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu fardu ain dan fardu kifayah serta menjadikannya sebagai jihad.

5

4
3
2         إسلام   
1 فثيبارن
10
9
8
7
6    يغ
15
14
13
12
11











selesai menulis perkataan yang mudah usahakan mencuba menulis perkataan yang susah. siapa tahu betul..


Thursday, September 21, 2017

Modul Cemerlang Pendidikan Islam SPM

Dalam tempoh kurang sebulan lagi Para pelajar akan menduduki peperiksaan Bertulis SPM, disini saya kongsikan modul latih tubi kertas 1 dan kertas 2, modul ini diperolehi daripada pasukan Juru Latih Utama Negeri Perak. Terus berusaha Demi kecemerlangan Masa depan anda. Modul cemerlang

Tuesday, September 19, 2017

Bengkel PT3 Pendidikan Islam

Ceramah teknik menjawab soalan pendidikan Islam PT3


Sedang berlangsung pada pagi ini bengkel menjawab soalan PT3 yang disampaikan oleh Ustazah Nurul hidayah Omar ketua pentaksir daerah. Seramai 106 murid akan menduduki pt3 pada tahun ini, bagaimanapun kehadiran pada pagi ini mengecewakan kerana hanya separuh murid yg hadir berbanding jumlah yg sepatutnya 106. Tindakan perlu dijalankan bagi mencari punca ketidakhadiran murid2 ini supaya tidak berulang pada Masa akan datang. Diharapkan murid yg hadir ini dapat memanfaatkan sebaiknya teknik menjawab soalan dlm peperiksaan sebenar nanti.

Wednesday, September 13, 2017

Majlis Persaraan Ustaz Wajimin Majanap

Majlis perpisahan bersama Guru-guru Panitia Pendidikan Islam.


Selamat bersara kepada ustaz Wajimin Majanap. Hari ini 13 september 2017 Hari terakhir beliau berkhidmat sebagai guru di smk Gunsanad keningau. Beliau telah berkhidmat selama 28 tahun bermula dari tahun 1989 hingga September 2017 dan tidak pernah berpindah sekplah. Persaraan ustaz Wajimin satu kehilangan besar murid2 di smk Gunsanad Dan begitu juga  Panitia Pendidikan Islam kehilangan rakan kerja yg begitu periang, happy, dan mudah memberi kerjasama




Monday, September 11, 2017

Cara mudah ingat


Perkongsian Akronim Subjek Pendidikan Islam SPM

_Perkara Membatalkan Iman_
SAYA = SYIRIK
KENA=KHURAFAT
ROTAN=RIDDAH
KERANA=KUFUR
SAYA=SIHIR
NAKAL=NIFAQ

_Rukun Haji_
NENEK-NIAT
WANI-WUKUF
TAK-TAWAF
SUKA-SAIE
CUBIT-CUKUR
TELINGA-TERTIB

_Rukun Nikah_
S-SUAMI
I-ISTERI
S-SAKSI
W-WALI
A-AKAD

_Rukun Haji_
Nah.       Niat Ihram
Wang.   Wukuf
Tolong.     Tawaf
Simpan.  Saie
Bawa.       Bercukur
Tilam.     Tertib

_Perkara Wajib Haji_
Naik - Niat di miqat
Motor - Mlm d Muzdalifah
Laju- Lontar j.aqabah
Masuk-Mlm d Mina
Longkang-Lontar ke3 jamrah
Meninggal-Meninggal perkara larangan

_Jenis Tawaf & Hukum_
QuSu - QUdum SUnat
RuWa - RUkun WAjib
SuSu - SUnat SUnat
WiWa - WIda' WAjib
Kaedah JDT
untuk soalan cara@langkah mengatasi :-
J - jauhi rakan yg tidak baik
D - dalami ilmu agama / dampingi ulama
T - tingkatkan iman
Kaedah KLP ( Kuala Lumpur Panas)
Untuk soalan sebab / faktor / mengapa

K - kurang didikan agama
L - lemah iman
P - pengaruh persekitaran / kawan
Kaedah UPM

Jika soalan 'cara *kerajaan/pihak berkuasa* mengatasi/membasmi '

U - menguatkuasakan *undang-undang*
P - mengadakan *program* /kempen *Peningkatan* ilmu
M - menghapuskan tempat *maksiat*
KABUS  dlm menjawab soalan kbat
Kerana
Agar
Bagi
Untuk
Supaya
Resepi mengingat DAM HAJI
Balik Rumah
Beli Lembu
Rumah Rosak
Repair Laaa..

Moga bermanfaat

Get set Pendidikan Islam SPM







Pengisian Pdp Hari ini ialah mengulangkaji silibus Akidah tingkatan 4 dan 5. menggunakan latih tubi soalan sebenar spm tahun 2005 hingga 2016. Pelajar dibahagi secara kumpulan mengikut aras pencapaian dlm percubaan spm. Program ini dilaksana sebagai salah satu strategi meningkatkan keputusan pendidikan Islam spm 2017.

Monday, September 4, 2017

Ulasan penandaan kertas percubaan Pendidikan Islam 2017

Salam kepada semua pelajar..

Setelah selesai membuat penandaan beberapa skrip jawapan calon dlm peperiksaan p. Islam ini. Berikut disenaraikan kelemahan dan kekuatan yg dikenal pasti..

1. Murid tidak mengulangkaji spenuhnya subjek ini. Kelemahan in dikesan di kedua kertas menyebabkan pelajar merapu menjawab mengikut selera kefahaman mereka tanpa bersandarkan kepada pengetahuan utama yg terkandung dalam buku teks p.islam. masalah ini byk berlaku terutama dikelas 5 Fansuri Dan Efektif pun begitu, msalah in juga berlaku kpd pelajar dalam kelas pandai. Isu ini adalah masalah besar yg berlaku dalam kalangan pelajar hanya boleh diatasi oleh pelajar sendiri dengan rasa kesedaran tanggungjawb utk melakukan perubahan.

2. Tidak mengaplikasi sepenuhnya teknik menjawab yang betul. Pada sebahagian soalan pelajar menjawab dengan baik tetapi pada soalan seterusnya kebanyakan pelajar alpa dpd Cara menjawab yg betul. Contohnya pada soalan pengajaran ayat alquran Dan Hadis yg memerlukan calon menjawab menggunakn frasa..Kita hendaklah, atau umat Islam hendaklah..kegagalan menjawab menggunakn frasa tersebut menyebabkan markah ditolak walaupun sebenarnya calon layak mendapat markah penuh. Begitu juga pada soalan yang kata soal bermula dengan 'Terangkan'. Jawapan bg soalan spt ini memerlukan calon memberikan huraian yang ringkas kepada isi yang diberi.

3. Pengulangan isi yang sama. Ini kesilapan yang sepatutnya dapat dielakkan dgn Cara memhami kehendak soalan dan kuantiti isi yang dikehendaki.

4. Tidak dapat membezakan antara 'ciri' dan 'contoh' menyebakan soalan yang sepatutnya di minta menyenaraikn ciri ciri, tetapi calon menjawab dengan memberikan contoh pula. Contohnya soalan senaraikan ciri ciri makanan yang halal menurut Islam. Soalan ini mengkhendaki calon memberikan ciri makanan yg halal dlm Islam, ini contoh jawapan, nasi.

5. Jawapan santai. Apa yg saya maksudkan santai ialah spt ..dpat pahala, dapat dosa, taat perintah Allah, banyakkan beribadat kpd Allah, banyakkan sembahyang..inilah contoh jawapan yang disukai ramai pelajar jwapan santai tiada kualiti..


6. Tidak menguasai topik2 soalan utama dlm kertas 1 (Akidah, Ibadat) dua topik ini wajib dikuasai sepenuhnya oleh pelajar kerana ianya soalan wajib dijawab dalam Bahagian B.

7. Teknik meneka tidak dikuasai. Calon masih berpeluang mendapat 1 atau 2 markah pada soalan menyusun ayat atau mengisi tempat kosong. Begitu juga soalan menjawikan petikan rumi, terus ditinggalkan tanpa ada usaha Cuba menjawab..spt yg selalu sy ingatkan agar pelajar latih menulis perkataan yg senang.

8. Teknik menjawab soalan KBAT yg Salah. Sila rujuk Cara menjawab soalan KBAT disini.

9. Jawapan lari dari konteks ayat ayat. Murid bole menguasai teknik menjawab dgn baik tetapi kesalahan utama dan sangat berat menjwab di luar konteks ayat..
Contoh.