Powered by Blogger.

Monday, November 2, 2009

TERAJU DUNIA BERPINDAH TANGAN

 Walaupun Bani Israel telah memimpin dunia selama beberapa abad yang panjang tetapi Allah S.W.T tidak berkehendakkan perkara demikian itu berkekalan untuk selamanya kerana kezaliman dan kejahatan mereka . 

 Selepas kematian Sulaiman a.s, Bani Israel terbahagi kepada dua bahagian : 

1) Keturunan Yahudi Benyamin dan Lawi (dikenali sebagai Yahudi Ibrani).
2) Baki dari lain-lain kabilah (Yahudi Samiriy). 

Kelompok yang pertama menjadikan al-Quds ((اورشليم menjadi ibu kota mereka. Mereka memuliakan حبل صهيون . Kerajaan mereka dinamakan مملكة يهوذا atau مملكة داود. 

Kelompok yang kedua menjadikan تبليس atau شكيم sebagai pusat pentadbiran dan mereka dipanggil sebagai golongan Samiriyyah kerana pemimpin mereka yang bernama عمرى telah membeli sebuah bukit daripada seorang pemilik yang bernama شامر dengan 2 timbangan emas penuh dan mendirikan bandar dengan menamakannya kepada pemilik yang asal (سا مر ) Samiri. Mereka menamakan kerajaan mereka sebagai: 

 1-مملكة اسرائيل kerana nenek dan datuk mereka iaitu Nabi Yaakub dikenali sebagai اسرائيل  
 2- مملكة افريم kerana pengasas kerajaan mereka ialah افريم بن يوسف عليه السلام . 
 Apabila Nabi Musa menerima Taurat, maka sebahagian besar keturunan Lawi (لاوى) menyampaikan serta mengajarnya kepada masyarakat manusia. Mereka menulis 13 naskhah mushaf dan menyerahkannya kepada setiap keturunan manakala yang satunya disimpan di ( تابوت ) ‘ Tabut’. 

 Keadaan Taurat masih terpelihara seperti asalnya sehingga ke zaman Bani Israel ditawan oleh bala tentera Babil dibawah pimpinan تحت نصر .Setelah itu mereka mengubah Taurat. Semasa mereka ditawan dan dibawa ke Babylon pelbagai penderitaan telah mereka terima lalu mereka berpakat untuk mengubah Taurat kerana mereka mula mempercayai bahawa dunia telah membelakangkan mereka, lalu tindakan mengubah Taurat adalah untuk membolehkan mereka menikmati kemewahan dunia dalam jangka masa yang panjang. Inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah dalam surah Israk ayat 4 dan 5. 

وقضينآ الى بنى اسرائيل فى الكتب لتفسدن فى الأرض مرتين ولتعلن علوا كبيرا(4) فاذا جآء وعد أولهما بعثنا عليكم عبادا لنآ أولى بأس شديد فجاسوا خلل الديار, وكان وعدا مفعولا(5).

Dan kami menyatakan kepada Bani Israel dalam kitab itu : “ Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin ) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu) dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku. 

 Pada hal mereka ingin mengekalkan kemuliaan mereka lalu mereka mula mengubah Taurat dengan ciri-ciri berikut :
 
1. Allah SWT itu tunggal tetapi bukan pemilik alam semesta dan Allah SWT adalah tuhan untuk orang-orang Yahudi sahaja.  

2. Syariah Taurat adalah untuk Bani Israel bukan untuk seluruh alam. 

3. Nabi yang ditunggu seperti mana yang disebut di dalam Taurat adalah di kalangan Bani Israel dan tidak dari Bani Ismail. 

Bukankah Allah SWT telah berfirman:
والتين والزيتون(1) وطور سينين(2) وهذا البلد الأمين(3)

Demi buah Tiin dan Zaitun, dan Gunung Tursina, serta negeri (Makkah) yang aman ini. 

Mereka menyusun عزرا dengan mematuhi ketiga-tiga ciri tadi .  

Setelah kerajaan Bakhtanusar jatuh, mereka kembali dari Babil ke Palestin bersama-sama kitab عزرا .Mereka menetap di bandar-bandar yang berasingan. Tidak lama kemudian muncullah perbalahan yang sengit di antara dua golongan ini disebabkan perbezaan isi kandungan Taurat. Masing-masing mendakwa mereka berada di pihak yang benar dan menuduh pihak lawannya sebagai sesat serta bathil.

Di zaman Nabi Isa a.s pula. golongan Ibrani memulau pergaulan, perniagaan dan lain-lain komunikasi dengan golongan Samiri dan dinamakan سا مرى untuk menunjukkan golongan ini terpulau daripada kumpulan yang benar. Mereka pula dinamakan serta disebut sebagai Yahudi. 

Satu ketika Nabi Isa .a.s pergi berdakwah di perkampungan سا مرى tanpa mengira kemarahan Yahudi Ibrani. Lalu seorang wanita daripada golongan سا مرى telah bertanya kepadanya setelah mengetahui bahawa dia adalah Nabi. 

" اينا على حق , نحن ام انتم , اينا على حقلأ ننا نصلى ناحية حبل حرزيم وانتم تصلون ناحية حبل صهيون "

Nabi Isa a.s menjawab:
بأن القبلة ستترع من جرزيم وصهيون الى مكان اخر"
 Sesungguhnya kesyukuran mereka terhadap kebangkitan Rasul akhir zaman dari kalangan Bani Israel adalah penyebab kepada perubahan kitab mereka. 

 Pada hal Nabi Isa a.s telah berkata sebagai diceritakan Allah SWT di dalam surah Soff ayat 6:

واذ قال عيس ابن مريم يبنى اسرائيل انى رسول الله اليكم مصدقا لما بين يدى من التورة ومبشرا برسول يأتى من بعدى اسمه, احمد, فلما جآءهم بالبينت قالوا هذا سحر مبين(6).

Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Maryam berkata: “ Wahai Bani Israel sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku –bernama: Ahmad” .Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata”, mereka berkata . “ Ini ialah sihir yang jelas nyata”. 

 Kelahiran dan kebangkitan Rasullulah S.A.W bererti berakhirnya kepimpinan mereka . Allah S.W.T berfirman (surah al Isra’ 4-5):

وقضينآ الى بنى اسرائل فى الكتب لتفسدن فى الأرض مرتين ولتعلن علوا كبيرا(4) فاذا جآء وعد أولهما بعثنا عليكم عبادا لنآ أولى بأس شديد فجاسوا خلل الديار, وكان وعدا مفعول(5).

Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: “ Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau ( membunuh dan membinasakan kamu): dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.  

 Perkara ini diketahui sendiri oleh orang-orang Yahudi. Mereka menganggap pertukaran kepimpinan ini sebagai laknat nabi Allah Musa kepada mereka sebagaimana yang tersebut Sifr Tathniyyah 28 no 64- 68.

  " ويددك الرب فى جميع الشعوب من اقصاء الأرض الى اقصلها وتعيد هناك الهة اخرى لم تعرفها انت ولا اباؤك من خشب وهجرون وفى تللك المم لا تطمئن ولا يكون لك قرار لقدمك بل يعطيك الرب هناك قلبا مرتجفا وكلال العينين ذلول النفس وتكون حياتك معلقة قدامك وترتعب ليلا ونهارا ولا تأمن على حياتك فى الصباح تقول يا ليته المساء وفى المساء تقول يا ليته الصباح من ارتعاب قلبك الذى ترتعل ومن منظر عينيك التى تنظر. 
  وردك الرب الى مصر فى سفن الطريق الذى قلت لك لا تعد تراها فتباعون هناك لأعدائك عبيدا واما …………وليس من بشرى"