Powered by Blogger.

Saturday, October 17, 2009

SIAPAKAH YAHUDI

YAHUDI MENGIKUT GAMBARAN ISLAM 

 Allah Taala banyak menceritakan tentang keadilan orang-orang Yahudi. Dalam masa yang sama juga , kedapatan banyak ayat-ayat yang menerangkan kelebihan-kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah Taala kepada mereka.
 
 Antara ayat-ayat yang menerangkan tentang kurnian Allah Taala kepada mereka ialah: 

1- Firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 48-50.

واتقوا يوما لا تجزى نفس عن نفس شيئا ولا يقبل الله منها شفعة ولا يؤخذ منها عدل ولا هم ينصرون ( 48) واذ نجينكم من ءال فرعون يسومونكم سوء العذاب يذبحون أبنآءكم ويستحيون نسآءكم . وفى ذلكم بلآء من ربكم عظيم(49) واذ فرقنا بكم البحر فأنجينكم وأغرقنآ ءال فرعون وأنتم تنظرون(50).  
Wahai Bani Israil! Kenangkanlah nikmat-nikmatKu yang Aku telah kurniakan kepada kamu ,dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek moyang) kamu (yang taat dulu) atas orang (yang ada pada zamannya). Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikit pun (dari balasan azab). dan tidak diterima syafaat daripadanya, dan tidak pula di ambil daripadanya sebarang tulisan : dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan . Dan (kenangkanlah) ketika kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang–orangnya yang sentiasa menyiksa kamu dengan siksa yang seburuk-buruknya mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari tuhan kamu. Dan (kenangkanlah) ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka kami selamatkan kamu dan kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya ,sedang kamu semua menyaksikannya. 

2- Firman Allah dalam surah Thaha ayat 80-81. 

يبنى اسرائيل قد طيبت ما رزقناكم ولا تطغوا فيه فيحل عليكم غضبى . ومن يحلل عليه غضبى فقد هوى (81).أنجيناكم من عدوكم ووعدناكم جانب الطور الأيمن ونزلنا عليكم المن والسلوى(80) كلوا من 

Wahai Bani Israil! Sesungguhnya kami telah selamatkan kamu dari musuh kami, dan kami telah janjikan kamu (dengan memberi wahyu kepada Nabi Musa) di sebelah kanan Gunung Tursina itu, dan kami turunkan kepada kamu “Mann” dan “Salwa”, serta kami katakan : Makanlah dari benda-benda yang baik yang kami kurniakan kepada kamu, dan janganlah kamu melampaui batas padanya kerana orang yang demikian kamu akan ditimpa kemurkaanKu, dan sesiapa yang menimpa kemurkaanKu, maka sesungguhnya binasalah ia. 

3- Firman Allah dalam surah Qashas ayat 76-82.

أن قرون كان من قوم موسى فبغى عليهم . وءاتينه من الكنوز مآ أن مفاتحه, لتنوأ بالعصبة الى القوة اذ قال له, قومه, لا تفرح. أن الله لا يحب الفرحين(76) وابتغ فيمآ ءاتك الله الدار الأخرة. ولا تنس نصيبك من الدنيا. وأحسن كمآ أحسن الله اليك. ولا تبغ الفساد فى الأرض. ان الله لا يحب المفسدين(77) قال انمآ أوتيته, على علم عندى.

أولم يعلم أن الله قد أهلك من قبله, من القرون من هو أشد منه قوة وأكثر جمعا. ولا يسئل عن ذنوبهم المجرمون(78) فخرج على قومه, فى زينته, قال الذين يريدون الحيوة الدنيا يليت لنا مثل مآ أوتى قرون انه, لذو حظ عظيم(79) وقال الذين أوتوا العلم ويلكم ثواب الله خير لمن ءامن وعمل صلحا ولا يلقهآ الا الصبرون(80) فخسفنا به, وبداره الأرض فما كان له, من فئة

فما كان له, من فئة ينصرونه, من دون الله وما كان من المنتصرين(81) وأصبح الذين تمنوا مكانه, بالأمس يقولون ويكأن الله يبسط الرزق لمن يشآء من عباده, ويقدر. لولآ أن من الله علينا لخسف بنا. ويكأنه, لا يفلح الكفرون(82)


Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka : dan kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya yang menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya:” Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tak suka orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu).” Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia , dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah ) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah ) :dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi :sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan. “Qarun menjawab dengan sombongnya “Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku”. (Kalaulah Qarun bijak pandai ) tidaklah ia pandai mengetahui dan pandai memahami , bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan? Dan (Ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka disiksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka ,(kerana Allah sedia mengetahuinya) .Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya. (Pada masa itu) berkatalah orang-orang yang semata-mata inginkan kesenangan kehidupan dunia: “Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah orang yang bernasib baik”. Dan berkata pula orang-orang yang diberi ilmu (diantara mereka) : “Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh : dan tidak akan dapat menerima (pahala yang demikian) itu melainkan orang-orang yang bersabar” . Lalu kami timbuskan dia bersama-sama dengan rumahnya di dalam tanah, maka tidaklah ia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah dan ia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri. Dan orang-orang yang pada masa dahulu bercita-cita mendapat kekayaan seperti Qarun, mulai sedar sambil berkata : “Wah! Sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan hamba-hambaNya, dan dialah juga yang menyempitkannya kalau tidak kerana Allah yang memberi pertolongan kepada kita tentulah kita akan dibinasakan dengan tertimbus di dalam tanah (seperti Qarun) : Aduhai! Sesungguhnya orang-orang yang kufurkan nikmat Allah itu tidak akan berjaya!”  
....bersambung
Kertas kerja ini disampaikan oleh : USTAZ HAJI HANAFI ABDUL RAHMAN, B.A FAKULTI SYARIAH ISLAMIAH, UNIVERSITI AL AZHAR KAHERAH.
16 SEPTEMBER 1998
HARI: RABU
TEMPAT:
DEWAN UTAMA
NADI ATIBBA’ MANSURAH
ANJURAN:
BIRO HAL EHWAL KEMASYARAKATAN DAN PERUMAHAN