Powered by Blogger.

Tuesday, November 10, 2009

MASJID AL-AQSA

Allah Taala berfirman dalam surah al Isra’ ayat 1: 

سبحن الذى أسرى بعبده ليلا من المسجد الحرام الى المسجد الأقصى الذى باركنا حوله لنريه من ءايتنا انه هو السميع البصير (1) 

Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa ( di Palestin), yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran ) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar,lagi Maha Mengetahui .  

 Menurut Journal Muktamar ke-4 (Rejab 1388/ Sept .1968) “ISLAM DAN PERMUSUHAN ZIONIS” yang dikelolakan oleh Universiti Al-Azhar bahawa yang dimaksudkan dengan Masjidil Aqsa ialah tempat di antara pagar-pagar Al-Quds yang ditentukan sebagai tempat ibadah, yang mana di situlah berlakunya Isra’ dan permulaan Mi’raj Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam. Pada hari ini tempat tersebut bukanlah lagi menjadi tapak masjid. Menurut Ibnu Kathir, ketika Saidina Umar Al-Khattab membuka Al-Quds pada tahun 15 Hijrah, beliau meminta pendapat Ka’ab Al Akhbar mengenai tempat letak masjid lalu Ka’ab menjawab: 
" اجعله وراء الصخره "

Saidina Umar menjawab: 
"ضاحيت اليهوديه يا كعب بل تجعله صدر"

Lalu beliau mengangkut pasir-pasir dengan selendangnya daripada الصخرة dibawa ke hadapan masjid lalu diikuti oleh kerajaan muslimin yang lain . 

Pada zaman pemerintahan Bani Umawiyyah pula, Abdul Malik Bin Marwan telah membina dua buah lagi masjid iaitu masjid As-Sokhrah dan Masjid-Aqsa. Oleh kerana itulah menurut ahli sejarah, Masjidil Aqsa yang asal ialah tempat didirikan pagar dan pintu Masjidil Aqsa pada hari ini. 

SEJARAH 


Gerakan ini bermula semenjak kurun ke-8 M sebagai ekoran daripada perkembangan ideologi nasionalisme yang meledak secara meluap-luap di benua Eropah ketika itu. Gerakan ini meletakkan kesatuan mereka dalam agama Yahudi sebagai asas pergerakan di mana seluruh agama Yahudi berhak mendapat Hak-Hak Nasional Yahudi seperti mendirikan dan mendiami negara-negara Yahudi. 

 Seruan kepada mewujudkan gerakan ini bermula apabila golongan Eshkinazim (keturunan Kasare di Rusia telah memeluk Yahudi semenjak kurun ke-10 M) mengadakan muktamar di Prussia pada tahun 1884 bertujuan untuk menyeru orang-orang Yahudi kepada pembentukan negeri-negeri kebangsaan yang disebut ارض العباد. Pemimpin kumpulan tersebut ialah Dr. Theodor Hertzl (yang dianggap sebagi Bapa Penjajah Yahudi).  

 Perayaan pertama Yahudi dibuat di Mesir diberi nama محفل ابن ميمون iaitu selepas 40 tahun diadakan ulang tahun perayaan بنى بريت di New York. Perayaan ini di sambut oleh golongan Yahudi الأشكنازى yang berhijrah daripada Romawi, Rusia dan Holand . Majlis berakhir pada 16 Januari 1887 dihadiri oleh wakil dari Chicago iaitu سيحسموند زيمل dan سمحسموند برجل . Di dalam perayaan ini, pesakit-pesakit Yahudi diberi rawatan percuma. 

 Pada tahun 1892 diadakan majlis pentingnya pendidikan Yahudi lalu ditubuhkan sekolah مدرسة ابن ميمون di درب البرادة yang merupakan sekolah Yahudi pertama di Mesir. 

Nama tersebut diambil sempena nama Abu Imran Musa bin Maimun Ibnu Abdullah al Qurtubi al Andalusi (1135-1204) . beliau di gelar Raisul Ummah atau Rais al Millah . Karangan beliau banyak berkisar tentang falsafah dan perubatan. 


MUKTAMAR-MUKTAMAR YANG TELAH DIADAKAN  

Muktamar 1 : Diadakan pada 1897 untuk menyusun strategi lengkap dalam menguat serangan terhadap Palestin merangkumi aspek politik, ekonomi dan budaya di samping mencari peruntukan dalam usaha memindahkan orang Yahudi di seluruh pelusuk dunia ke Palestin. 

Muktamar 2 : Diadakan pada 1898 yang menetapkan pengasasan Syiriot, penaklukan Yahudi di Palestin dan menggalakkan supaya menggunakan bahasa Ibrani dalam pergaulan mereka sesama yahudi .

Muktamar 3 : Diadakan setahun selepasnya di tempat yang sama bagi menyusun peraturan-peraturan perang Di’ayah untuk membeli tanah di Palestin.

Muktamar 4 : Diadakan di London pada tahun 1900 bertujuan supaya British berusaha menekan Kerajaan Usmaniyah supaya menjual tanah-tanah Palestin. Keputusan muktamar juga mendesak supaya ditubuhkan Tabung Kebangsaan Yahudi yang diberi nama الكيران كايمت . 

Muktamar 5 : Diadakan di بال . Sekali lagi Dr. Theodor Hertzl menegaskan bahawa Palestin adalah bumi abadi bangsa yahudi .

Muktamar 6 : Diadakan di بال menetapkan perlaksanaan Tabung Kebangsaan Yahudi dan pembentukan Bank Anglo Palestin. Usaha- usaha ke arah meningkatkan pengetahuan orang-orang Yahudi juga dibincangkan seperti penubuhan Universiti Ibran di Palestin .

Muktamar 7 : Diadakan pada tahun 1903. Dr.Theodor Hertzl telah membangkang cadangan British supaya penghijrahan orang-orang yahudi dibuat di Uganda . Dalam muktamar itu, beliau menegaskan bahawa Palestin adalah bumi abadi kepada bangsa yahudi .Suaranya mendapat sokongan padu daripada semua golongan yahudi.

Muktamar 8 : Diadakan di tempat yang sama pada tahun 1905 iaitu kira-kira setahun selepas kematian Dr. Theodor Hertzl ( 1904 ).Pemimpin baru , David Wolfshen menegaskan bahawa wajib menegakkan negara Yahudi di Palestin.Sesungguhnya tiada kemaslahatan orang-orang yahudi tanpa Palestin.

Muktamar 9 : Pada tahun 1907 di Holand menetapkan penubuhan Tabung التأسيس Yahudi yang diberi nama الكيران هايسود , menjadikan bahasa Ibrani sebagai bahasa rasmi dalam gerakan Zionis. Muktamar ini juga mengarahkan pembukaan pejabat Zionis diYafa disamping penubuhan jabatan-jabatan urusan Palestin.

Muktamar 10 : Pada tahun 1909 di Hamburg ,Jerman di bawah pimpinan May Nordou. Muktamar ini menetapkan penubuhan sebuah Bank yang mengendalikan hal ehwal hutang-hutang pertanian dan menggalakkan penempatan sosialisme. Pada tahun ini tertubuhnya……..Tel Aviv. 

Muktamar 11 : Pada tahun 1911 di bawah pimpinan Nordou sekali lagi menetapkan pembentukan syarikat baik pulih tanah yang bertanggungjawab membeli tanah-tanah orang arab di Palestin dan menyusun perancangan pertanian kepada mereka setelah mereka dibawa ke Palestin.

Muktamar 12 : Pada tahun 1913 di Viena , Austria dengan persetujuan penuh untuk menubuhkan Universiti Ibran di Al quds .