Powered by Blogger.

Friday, October 9, 2009

07 OKTOBER 2009 (18 SYAWAL 1430H) TARIKH KERAMAT


hari ini rabu tanggal 07 oktober 2009 bersamaan 18 syawal 1430H antara hari gembira saya dan keluarga. kerana pada hari ini kami sekeluarga menyambut kelahiran baby boi yang pertama dan anak yang ketiga. lahir pada jam 2.44 ptg seberat 3.74 kilo (52 cm) di hospital daerah Keningau. Al-hamdulillah syukur pada Allah atas anugerah nikmat ini. 

kelahiran anak ketiga saya sama spt kelahiran anak pertama melalui pembedahan. yang pertama pembedahan kerana high blood anak yg ketiga ini disebabkan baby mengalami masalah denyutan jantung yg semakin rendah (lemas)..menurut doktor jalan paling selamat untuk menyelamatkan bayi hanya melalui pembedahan..kuroyon poddi..akur ja la c bapa ,,itu semua cubaan ba..

yang menjadi keramat kelahiran anak yg ketiga ini kerana ianya bersamaan dengan tarikh birthday umminya  iaitu 07-10-1978. waaa..sangat gembira ummi kesamaan tarikh lahir dengan anak yg ketiga ini..disebalik apa yang berlaku pasti ada hikmahnya buat kedua ibu bapa dan keluarga..manusia tahu merancang yg menentukan segalanya hanya Allah SWT..atas apa yg terjadi menunjukkan terasa kerdil dan lemahnya makhluk bernama manusia. semoga ummi yang melahirkan diberi kekuatan dan kesabaran menghadapi ujian ini.. رَبَّنَآ أَفۡرِغۡ عَلَيۡنَا صَبۡرً۬ا وَتَوَفَّنَا مُسۡلِمِينَ,  juga buat bapa agar sabar melayan karenah anak-anak serta keluarga jangan marah-marah, rajin-rajin bantu ummi dan  istiqamah dalam mendidik anak-anak..insya Allah :)