Powered by Blogger.

Monday, August 25, 2014

PEMANTAUAN BPI DAN SPI

Sekitar pemantauan oleh BPI dan SPI terhadap keperluan dan latihan guru-guru pendidikan Islam SMK Gunsanad Keningau.








Friday, August 22, 2014

BERAKHIR MESYUARAT PEMERIKSAAN SKRIP

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT hari ini berakhirlah sudah mesyuarat peningkatan profesionalisme pemeriksa kertas soalan Pendidikan Islam Kertas 2 SPM 2014 di Grand Hotel Borneo Kota Kinabalu. Menghadiri mesyuarat kali ini ialah seramai sembilan orang sahabat yang dipilih dari pelbagai sekolah di sabah. Alhamdulillah sepanjang mesyuarat tersebut banyak ilmu-ilmu baru tentang cara-cara penandaan kertas jawapan pelajar yang mana sebelum ini tidak pernah didedahkan. Dengan menghadiri mesyuarat ini sedikit sebanyak dapat membantu memperbaiki kelemahan sedia ada di samping dapat meningkatkan lagi pdp dalam bilik darjah. Terima kasih banyak-banyak khasnya kepada Fasilitator Ust. Abdullah Tahir di atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat sepanjang 4 hari bermesyuarat jazakallah khairan kathiran ya ustaz Inshaallah apa yang kami perolehi ini akan dimanfaatkan sebaiknya demi anak-anak, agama, bangsa dan negara. Mohon maaf atas segala salah dan silap, terkasar bahasa, senda gurauan telebih, dsbbb..doa dan harapan agar pertemuan ini dapat mengukuhkan hubungan ukhuwah islamiah di antara kita semua. 
 
USTAZ ABDULLAH TAHIR (Fasilitator)
MAAROF HAMZAH
NOOR RODZIAH AHMAD
UNORAIHAN MD NUSI
NORHAMIZA HAMADI
MOHD FAHMI ZAINAL ABIDIN
ADI BIN JUNAIDI
MOHD FAHMI DAUD
MOHD FUAD
MOHD. HANAFI MOHD. HUSSIN



Wednesday, August 20, 2014

BENTUK-BENTUK SERANGAN PEMIKIRAN TERHADAP UMAT ISLAM

 PENGENALAN

Pada era moden ini umat Islam sering berdepan dengan pelbagai cabaran yang melanda. Cabaran-cabaran tersebut perlu ditangani sebaiknya agar tidak menjadi barah di kalangan umat Islam. Sesungguhnya kedatangan Islam ke dunia telah memberikan satu kesan yang amat besar sekali sehingga berjaya menolak corak hidup jahiliyyah dan memberi harapan baru masyarakat Arab dari zaman gelap ke zaman menghormati norma-norma kehidupan bermasyarakat. Agama Islam berkembang dengan cepat sehingga dapat menguasai al-Jazirah dan beberapa wilayah lain di Sham, Mesir, Afrika Utara dan Iraq. Pada zaman permulaan Islam iaitu ketika Nabi Muhammad SAW masih hidup, Segala persoalan yang timbul terus dirujuk kepada baginda manakala generasi selepas baginda juga dijamin sebagai generasi terbaik. Pada ketika itu, soal pemikiran Islam yang timbul boleh dijawab dengan baik kerana umat Islam hampir dengan sumber utama. Pada zaman moden ini, Islam berhadapan dengan serangan pemikiran dalam bentuk yang berbeza dan sangat mencabar. Anita M. Weiss (1994) menyatakan bahawa Islam di zaman moden ini berhadapan dengan pelbagai cabaran, samada luaran mahupun dalaman. Selain itu, terdapat pula pelbagai bentuk serangan oleh musuh-musuh islam termasuklah dalam bentuk serangan pemikiran.
Oleh itu fokus penulisan ini bertujuan untuk menjelaskan sasaran dan bentuk-bentuk serangan pemikiran yang direncanakan oleh musuh-musuh Islam. Mengenal pasti tiga contoh aliran pemikiran semasa yang kelihatan sedang menyerang pemikiran umat Islam pada hari ini, kaedah-kaedah yang digunakan oleh musuh-musuh Islam  bagi menjayakan agenda serangan pemikiran  mereka. Seterusnya mengenal pasti medium-medium yang digunakan oleh mereka dalam merealisasikan misi dan visi mereka pada masa kini. Disamping mengenalpasti langkah-langkah kawalan yang boleh dilaksanakan oleh pelbagai pihak bagi menghalang perkembangan serangan pemikiran daripada terus membelenggu pemikiran umat islam masa hari ini.
   
SASARAN SERANGAN PEMIKIRAN YANG DIRENCANAKAN OLEH MUSUH-MUSUH ISLAM

     Serangan pemikiran merupakan salah satu bentuk serangan psikologi bersifat halus yang tidak melibatkan tindakan berbentuk fizikal atau ketenteraan. Serangan pemikiran ini dilakukan oleh musuh-musuh Islam dalam menghapuskan mazahir kehidupan islam dan pegangan umat islam daripada syariat dan akidah sebenar yang berlandaskan al-Quran, al-Hadis serta segala perkara yang dibawa oleh para Salafus Soleh. Serangan pemikiran ini merupakan teknik propaganda yang dilakukan ke atas kebudayaan dan cara hidup umat islam secara halus dan nyata. Serangan ini diterapkan dengan cukup ilmiah agar cara hidup islam yang berpaksikan ajaran sebenar berubah mengikut kelojikan akal semata-mata tanpa memerlukan seseorang itu keluar atau mengubah agamanya malah terus kekal menjadi seorang islam tetapi tidak lagi mempercayai dan mengikuti ajaran agamanya yang sebenar. Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat: 120.

Maksudnya:
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah  itulah petunjuk (yang benar)”. dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah  tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.”

Musuh-musuh Islam mensasarkan serangan pemikiran di kalangan umat Islam khususnya kepada para pemuda dan pemudi Islam. Menurut Nasih Ulwan Di antara cabaran yang menggugat generasi umat islam pada hari ini khususnya para pemuda ialah serangan pemikiran yang merosakkan umat Islam Timur dan Barat. Musuh-musuh islam yang terdiri daripada golongan Orientalis akan berusaha menjauhkan generasi pemuda daripada berpegang dengan ajaran Islam sebenar dengan membawa nilai-nilai baru dan cara pengislahan yang berbagai.

Menurut Mohd Roslan Mohd Nor (2011) faktor gender dijadikan agenda sasaran serangan pemikiran. Mereka menjadikan wanita sebagai sasaran serangan ini. Di Malaysia kumpulan SIS sebuah organisasi yang bernaung di bawah NGO yang memperjuangkan hak-hak feminisme telah mengadakan program musawah yang iaitu mereka memperjuangkan kesaksamaan wanita yang mana mereka memikirkan kaedah untuk membebaskan wanita dari penindasan atas nama agama dan atas nama hukum syarak. Di kalangan mereka ada yang menganggap bahawa undang-undang keluarga islam yang ada seperti tidak memberi keadilan kepada wanita bahkan menurut mereka lagi islam menindas kaum wanita, tidak memberi kebebasan dan mengongkong wanita daripada melakukan aktiviti kemasyarakatan. Serangan pemikiran sebegini telah menyerap masuk ke dalam Negara kita Malaysia sama ada sedar atau tidak musuh-musuh islam telah berjaya menabur jarum-jarum beracun yang merosak dan menjauhi umat islam dari berpegang kepada hukum-hukum syarak.

KESIMPULAN

Daripada perbincangan ini dapat disimpulkan, cabaran yang dihadapi oleh umat islam kini bukan sahaja berbentuk serangan fizikal tetapi umat islam juga berhadapan dengan serangan pemikiran yang dilakukan oleh para musuh islam pada zaman ini. Serangan pemikiran di kalangan umat islam dilakukan dengan cukup berhati-hati ianya diolah dengan rapi dan tersusun bagi memastikan agenda itu tercapai. Mereka tidak hanya menumpukan sasaran mereka kepada golongan-golongan yang kurang pengetahuan di kalangan umat islam akan tetapi menjadikan golongan cendekiawan islam sebagai penyumbang dalam menyampaikan aliran-aliran pemikiran mereka. Secara umumnya didapati mereka mensasarkan serangan pemikiran dengan menimbulkan propaganda pemikiran di kalangan umat islam khasnya golongan pemuda-pemudi. Terdapat banyak aliran pemikiran semasa yang sedang melanda umat di seluruh dunia islam antaranya ialah liberalisme, pluralisme dan hedonisme, aliran-aliran ini sangat merbahaya bagi akidah umat islam baik dalam bidang akidah, mahupun dalam bidang syariah dan akhlak. Aliran-aliran tersebut menyerang pemikiran umat islam dengan cukup rapi serta tersusun, ianya menyerap dan meresap dengan cantik  dalam sosio budaya umat islam hari ini sehingga tidak menampakkan cacat celanya. Justeru, umat islam harus selalu berwaspada terhadap segala bentuk pemikiran yang merosak keyakinan. Tidak kira pemikiran sama ada pemikiran tersebut mempunyai nama-nama yang telah dijenamakan agar kenampakan lebih moderat seperti Islam Moden, Islam Liberal, Islam Rasional, Islam Post Moden dan sebagainya. Jalan Islam hanya satu, iaitu Islam yang sesuai dengan nas-nas kitab suci al-quran, dan sesuai dengan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah SAW dalam hadis-hadis mutawatir di samping telah dijelaskan oleh ulama-ulama mujtahid ahli sunnah waljamaah. Setiap muslim harus meyakini hanya dengan kembali berpegang kepada al-Quran dan as-Hadis akan dapat menyelamat pegangan seseorang daripada dicemari oleh musuh-musuh Islam. Diharapkan penulisan ini akan dapat memberi inspirasi dan panduan agar dapat membangkitkan kesedaran kita terhadap cabaran serangan pemikiran yang dilakukan oleh musuh-musuh islam, dan semoga Allah memberi petunjuk dan kekuatan agar umat islam mendapatkan cara dan ikhtiar yang terbaik dalam menghadapi serangan pemikiran sehingga umat islam dan kebenaran Islam tetap terpelihara hingga akhir masa.

Tuesday, August 19, 2014

MESYUARAT PENINGKATAN PROFESIONALISME PEMERIKSA BAHARU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA SPM

Hari ini 19 ogos saya menghadiri mesyuarat peningkatan profesionalisme pemeriksa baharu SPM 2014 bagi subjek pendidikan Islam bertempat di Hotel Grand Borneo kota kinabalu bermula 19 hingga 22 ogos 2014. mesyuarat ini adalah di bawa kelolaan Lembaga Peperiksaan Malaysia dengan harapan mesyuarat ini akan dapat memberi manfaat kepada peningkatan PDP dalam kelas.

Tentatif perjalanan mesyuarat adalah seperti berikut:
Add caption


Monday, August 18, 2014

Sesi PDP hari ini ialah latih tubi menjawab soalan struktur kertas 1 SPM. Manakala kelas-kelas yang terlibat ialah 5E/5F dan 5K/5L

Soalan 21 hingga Soalan 40
Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
21 Kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan amaran azab di akhirat _______________.
22 Kesalahan murtad boleh dihukum ________________ sebagai memberi amaran bahawa agama Islam tidak boleh dipermain-mainkan.
23 X dalam rajah di atas ialah ________________.
24 Riak, ujub dan takbur merujuk kepada contoh perbuatan syirik _________________.
25 _________________ialah berasa gembira dalam melakukan ibadat dan sanggup menanggung kesusahan demi mendapat keredhaan Allah. S.W.T dan rasul-Nya.
26 Orang fasik martabat imannya ialah semakin ________________.
27 Menurut pandangan Ahli Sunnah Waljamaah, pelaku dosa besar masih _________________ tetapi dianggap fasik.
28 Akidah Ahli Sunnah Waljamaah berpegang kepada prinsip ___________________.
29 X dalam rajah di atas ialah ______________________.
30 ______________ ialah berada di Padang Arafah di antara gelincir matahari pada 9 Zulhijjah hingga terbit fajar 10 Zulhijjah.
31 __________________ ialah melakukan ibadat haji bagi pihak orang lain.
32 __________________ adalah proses memilih calon isteri yang sesuai serta menepati ciri-ciri yang dikehendaki syarak.
33 Batas pergaulan pasangan yang telah bertunang masih kekal sebagai _________________.
34 __________________ adalah suami yang menceraikan isteri secara bersyarat.
35 Suami ___________________ menceraikan isteri jika tidak lagi mampu melaksanakan kewajipannya serta diyakini akan menzalimi pasangannya.
36 Gelaran ___________________ digunakan untuk ketua negara Islam selepas kewafaatan Rasulullah SAW.
37 Kitab _________________ ialah karangan Imam Ahmad bin Hanbal yang mengandungi 40,000 hadis.
38 As-Syeikh Muhammad Abduh mengajak umat Islam mempelajari ilmu-ilmu ________________ dan akli untuk menolak taklid buta.
39 Orang yang berjihad wajib mempunyai cita-cita murni dan sentiasa berniat ______________ dalam hati.
40 Tanda kecintaan kepada Rasulullah ialah memuliakan sahabat-sahabat nabi dengan tidak mencaci atau ___________________ pendapat mereka.

Friday, August 8, 2014

PUASA ENAM HARI DI BULAN SYAWAL

Dalam usaha menambah pahala dan meningkatkan amalan berterusan selepas Ramadhan, digalakkan bersegera melaksanakan puasa enam hari selepas Aidilfitri, yang dikenali sebagai ‘Puasa Enam’.
Ibadat puasa perlu dilakukan sebagai seorang hamba yang benar-benar bersungguh untuk taqarrub kepada Allah SWT, demi menundukkan hawa nafsu dan membersihkan diri. Sabda Rasulullah SAW :
“Setiap amalan anak Adam (manusia) adalah untuknya (dapat diperiksa sendiri dan dinilai baik buruk-nya), melainkan amalan puasa, maka sesungguhnya puasa itu untuk-Ku (Aku sendiri yang dapat memeriksa dan menilainya) dan oleh sebab itu Aku sendiri akan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang berpuasa.”(Riwayat Imam Bukhari)
FADILAT PUASA ENAM
Ibadat puasa enam mempunyai pelbagai ganjaran dan kelebihan yang boleh diperolehi umat Islam jika mereka merebut peluang melaksanakannya. Daripada Abu Ayub al-Ansari, Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa semata-mata mencari keredhaan Allah SWT., nescaya akan Allah menjauhkannya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun.”(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Di antara manfaat lain Puasa Enam Syawal adalah:
  1. Sebagai penampal terhadap segala kekurangan amalan puasa di bulan Ramadhan.
  2. Semua amalan mendekatkan diri kepada Allah SWT. pada Ramadhan, tidak akan terputus dengan berlalunya bulan mulia itu, selama dia masih hidup.
  3. Mudah berpuasa selepas Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan kerana melakukan kebaikan kemudian diteruskan dengan kebaikan lain, maka ianya sebagai tanda terkabulnya amal pertama.
  4. Allah SWT menjauhkan orang yang berpuasa enam daripada api neraka dengan jarak tujuh puluh tahun.
  5. Puasa selepas Aidilfitri adalah antara tanda kesyukuran atas nikmat pertolongan dan keampunan yang dianugerahkan Allah ketika Ramadhan.

PAHALA SETAHUN PUASA
Pahala puasa Ramadhan yang diamalkan menyamai pahala puasa satu tahun penuh. Ini kerana setiap hasanah (kebaikan) diberi ganjaran 10 kali ganda. Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan daripada Tsauban, Rasulullah SAW. bersabda:
“Puasa sebulan di bulan Ramadhan sama seperti ia berpuasa selama 10 bulan dan berpuasa selama 6 hari selepasnya (Syawal) menyamai puasa 2 bulan. Maka yang demikian bererti (kamu) telah berpuasa untuk setahun.” – (Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)
Manakala di dalam kitab Sabila al-Muhtadin pula, dinyatakan; puasa 30 hari pada bulan Ramadhan ganjarannya sebanyak 300 hari, manakala puasa enam hari pada bulan Syawal pula ganjarannya sama dengan 60 hari.
Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari, bersamaan dengan setahun (kalendar Qamari). Maka seolah-olah kita telah berpuasa sepanjang tahun hingga Ramadhaan tahun depan.
CARA PUASA ENAM
Puasa sunat enam itu boleh dilakukan pada mana-mana hari, di sepanjang bulan Syawal sama ada secara berterusan atau berselang-seli:
1. Paling afdal ialah puasa enam hari berturut-turut mulai Aidilfitri kedua (2 Syawal) hingga 7 Syawal.
2. Berpuasa secara berselang-seli, iaitu puasa sama ada selang sehari, dua atau tiga hari sekali, sebanyak enam hari dalam bulan Syawal, mengikut kemampuan masing-masing.
dipetik darpada http://myibrah.com/fadhilat-berpuasa-6-syawal