Powered by Blogger.

Friday, November 20, 2009

ZIONIS SEBELUM PENUBUHAN NEGARA HARAM ISRAEL

  Tokoh-tokoh Yahudi telah menjalinkan hubungan dengan pemimpin-pemimpin antarabangsa . Untuk memenuhi cita-cita mereka itu , mereka menggunakan prinsip “Matlamat menghalalkan cara .”

  Dr. Theodor Hertzl telah menziarahi Kaisar Jerman ,Sultan-sultan Turki, pemerintah Itali,paderi-paderi ,menteri dalam dan luar negeri serta lain-lain tanah Eropah .Cara ini juga dicontohi oleh tokoh-tokoh lain selepasnya .

  Antara cara-cara keji yang mereka gunakan ialah seperti perisikan rasuah , pelacur-pelacur upahan dan lain-lain. Hal ini didedahkan oleh seorang penulis mereka,Moshe dalam bukunya The Decandence of Judaism In Our Time.

  Chaim Waizman ,pengganti Dr. Theodor Hertzl menyebut di dalam buku cacatannya , “Zionis telah berjaya mengadakan hubungan dengan British di bawah kepimpinan Joseph Chamberlain. British telah berjanji menyediakan penempatan kepada orang-orang yahudi di semenanjung Sinai. Kajian terhadap kawasan tersebut telah dijalankan. Walaubagaimanapun pihak pentadbir British di Mesir tidak berminat dengan langkah tersebut. Pemimpin British tersebut juga berjanji akan menyediakan tanah di Uganda dan diberikan kebebasan mentadbir di situ untuk tempoh-tempoh tang tertentu tetapi janji yang seperti ini tidak menarik minat aktivis yahudi ketika itu.”  

  Pada tahun 1908, Zionis telah mendirikan pusat gerakannya di 
Istanbuldi bawah pimpinan Victor Jacobs, seorang kelahiran Rusia dan membesar serta mendapat pendidikan di Jerman. Mereka mengeluarkan majalah Le Jenne Tusi yang menghemtam dasar kerajaan British yang menyeru orang ramai supaya memberi sokongan kepada Jerman selepas Revolusi Penyatuan dan Kemajuan. Dr. Alfred telah di bawa dari Berlin untuk memujuk orang-orang Turki mengizinkan penempatan orang-orang Yahudi di Iraq dan Palestin. 

Zionis telah menubuhkan Komitte Fur Den Osten ( K.F.D.O) di Berlin manakala U.S.A pula mereka menubuhkan The American Profesional Committee. 

 Melalui tipu muslihat yang licin juga, Waizman telah memujuk seorang ketua pengarang majalah Manchester Guardian yang bernama Mr. C.D Scott untuk melahirkan kepercayaan yang tinggi di kalangan pemimpin –pemimpin British seperti Lioyed George dan Habert Samuel terhadap orang-orang Yahudi . Lantaran itulah menjelang tahun 1915, Habert Samuel selaku seorang menteri menulis sepucuk surst cadangan kepada kerajaan British di bawah pimpinan Lord Oxford supaya membiayai perbelanjaan 4,000 milion penghijrah-penghijrah Yahudi ke Palestin dengan katanya, “….dengan cara demikian kita dapat mewujudkan anak negara British berhampiran Mesir dan Terusan Suez.  

PERANG DUNIA PERTAMA 
 
 Pada tahun 1917, Perang dunia pertama telah meletus. British telah mengalami kemelesetan ekonomi akibat pembiyaan peperangan yang besar. Zionis telah menggunakan kesempatan ini untuk menekan British melalui perjanjian supaya menyerahkan kepada orang –orang Yahudi satu negeri kebangsaan . Selepas tamat perang , Menteri luar kerajaan tersebut , balfour telah pengumumkan suatu pengesahan yang mengandungi butir-butir persetujuan kepada Baron Retshild, seorang pemuka Yahuid yang terkenal dan kayaraya pada tanggal 2 November 1917. 
 Antara butir-butir persetujuan tersebut ialah, “ adalah keluarga di Raja memikirkan dengan ihsan kepada penubuhan sebuah negara kebangsan Yahudi di Palestin. Pembesar-pembesar akan membantu dalam usaha tersebut sehingga orang-orang Yahudi mendapat beberapa keistimewaan yang tidak di perolehi oleh orang lain. 

 Di zaman pemerintahan Malik Fuad (1917-1936) akar umbi Yahudi semakin kuat. Pada tahun 1924 terlatik Menteri Harta daripada Yahudi (وزيرا يهوديا للمال) yang bernama Yoseof Qathewa Basha (يوسف قطاوى باشا) . Penghargaan dan tolak ansur yang di berikan kepada golongan Yahudi menyebabkan seorang penulis Yahudi menulis : 

"انه منذ تعيين الصديق وزيرا لفرعون مصر لم تعرف مصر وزيرا يهوديا الا فى العشرين اسمه يوسف ايضا هو يوسف قطاوى باشا 
 Ini kerana kebanyakan orang-orang kaya, pembesar dan Kapitalis menguasai majlis مجليس النواب الشيوخ serta menguasai perniagaan perindrustrian dan perdagangan . Mereka memiliki tanah yang banyak.  

SELEPAS PEPERANGAN DUNIA PERTAMA 

 Selepas kemenangan tentera Berikat dalam Perang Dunia Pertama,mereka mengadakan satu perjanjian pada April 1920 untuk menyerahlkan Syria dan Lubnan kepada Perancis manakala Palestin dan Iraq kepada British. Dalam hal inilah , Zionis antarabangsa memainkan peranan yang yang sangat penting dalam meletakkan Palesti di bawah British dan mengelakkan jatuh ke tangan Perancis. 

Pada 22 Julai 1922, telah di adakan suatu ketetapan yang di persetujui bersama oleh عصبة الأمم dengan di nyatakan tarikh awal pelaksanaan pada 29 September 1923. Dinyatakan pada pendahuluan ketetapan tersebut, “ Sesungguhnya Negara-Negara Berikat telah menerima ketetapan Balfour, menteri luar British dan menyerahkan tanggungjawab mewujudkan negara kebangsaan Yahudi itu kepadanya . 
 Antara kandungan ketetapan tersebut ialah : 

1 - Mendirikan kerajaan Kebangsaan Yahudi adalah sebahagian tanggungjawab politik luar British .

2 -Mengiktiraf perwakilan Yahudi sebagai badan rasmi yang boleh berurusan bebas dengan wakil British di Palestin. 

3 -Membantu orang-orang Yahudi dalam bidang politik, ekonomi ,kebajikan dan sebagainya. 

4 -Membantu pemindahan orang-orang Yahudi dari seluruh dunia ke negara Palestin.