Powered by Blogger.

Monday, November 24, 2014

ALFATIHAH UNTUK NENEK

TAKZIAH

Terasa sedih betul apabila mengetahui nenek sudah meninggal dunia jam 11.45 malam isnin kemarin, teramat sedih kerana tidak dapat melihat wajahnya yang terakhir dan tidak dapat berada masa pengkebumiannya, ketika itu sy berada di kebun dan kebetulan hp buat hal.

berita ini baru sahaja saya terima beberapa saat tadi kira-kira jam 3.30 petang sebaik sampai di rumah setelah tiga malam berada di kebun, sebaik membuka hp yang terPUK  bertubi-tubi sms masuk mengkhabarkan berita nenek sudah tiada, mau kubur selepas zohor hari ini, maafkan saya nenek, saya lantas menghadiahkan alfatiha dan melakukan solat ghaib untuk almarhumah nenek indi,.

sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepadanya kita kembali, buat nenekku semoga berbahagia di alam sana mudah mudahan segala amal baik di usia 100 tahun semasa hidup mendapat ganjaran setimpal daripada Allah SWT. 

0 ulasan:

Post a Comment